Serbu Bengkel Kereta Curi

imagePASIR PUTEH – Rumah terpencil di Kampung Bukit Tanah, Selising di sini dijadikan sebagai bengkel bagi kerja-kerja mengambil komponen kereta curi untuk dipasang ke kereta lain.

Kegiatan itu berjaya dikesan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh yang membuat serbuan ke rumah tidak bernombor itu pada jam 3.30 petang Isnin lalu.

Dalam serbuan yang diketuai Ketua JSJ, Asisten Superintenden Ganti Jimi itu, polis menemui satu kerangka kereta Perodua Kancil dan satu kereta Perodua Kancil lengkap.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohamad Kamal Zainal berkata, hasil pemeriksaan mendapati kerangka kereta itu adalah kenderaan yang dilaporkan dicuri di Kota Bharu baru-baru ini.

“Kita percaya komponen kereta curi itu diambil untuk dipasangkan kepada kereta lain dan mereka menjadikan rumah terpencil itu untuk mengelak dihidu pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media di sini, kelmarin.

Katanya, polis menahan tiga lelaki berusia 39, 43 dan 44 tahun dan menemui satu botol lutsinar dan satu tiub berisi serbuk putih dipercayai dadah daripada salah seorang daripada mereka.

“Seorang daripada mereka pula iaitu yang berusia 39 tahun sememangnya dikehendaki polis kerana terlibat kes tetak di Selising Disember tahun lepas.

“Kita tidak menemui apa-apa di badan seorang lagi lelaki tetapi dia merupakan tuan rumah dan kesemuanya positif dadah,” katanya.

Mohd Kamal berkata, tiga suspek tersebut ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15 (1) (a) akta sama dan Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: