SU Agung: Jangan Lobi Jadi Calon Pilihan Raya

imagePUTRAJAYA – Pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak melobi untuk dipilih sebagai calon pilihan raya umum ke-13.

Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata semua bakal calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen adalah calon yang dikehendaki rakyat dan mereka telah melalui proses saringan teliti.

“Saya menasihati supaya mereka yang beraspirasi mahu menjadi calon, tak perlu untuk berlegar atau berjumpa presiden dan timbalan presiden mana-mana komponen parti dalam BN atau saya.

“Jangan tunjuk gelagat-gelagat yang kurang baik ini kerana kami ada kaedah tersendiri dan kami mahukan calon yang rakyat nak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013 bagi sekolah-sekolah di Parlimen Putrajaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) di sini hari ini.

Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pemimpin yang melobi pada saat-saat akhir untuk menjadi calon pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata pemimpin yang melobi untuk menjadi calon hanya akan menunjukkan mereka tidak berniat untuk menjadi wakil rakyat sebaliknya demi ‘perkara-perkara lain’.

Apa yang penting ialah mereka yang ingin menjadi calon mesti sedar bahawa mereka adalah ‘hamba rakyat’, katanya.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata semua calon BN yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-13 selesai melalui proses saringan termasuk oleh polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi.

Khamis lepas, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembahagian kerusi antara parti komponen BN sudah hampir selesai dan sebahagian besar penentuan calon yang bertanding pada pilihan raya umum akan datang juga telah diputuskan. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: