Sungai Atas Jalan Utama Walaupun Pada Musim Kemarau

imageKUALA KRAI  – Masalah jalan utama digenangi air sungai biarpun pada musim kemarau menyebabkan aktiviti harian 15 keluarga di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Chuchuh Puteri A, dekat sini, terganggu, sejak lebih lima tahun lalu.

Walaupun masih boleh dilalui motosikal, arus sungai agak deras berbahaya kepada penduduk bahkan pernah berlaku seorang penunggang motosikal terjatuh ketika melintasi sungai berkenaan.

Seorang penduduk, Ramli Che Kob berkata, masalah berlaku apabila paras air sungai menjadi lebih tinggi daripada jambatan konkrit lama yang dibina merentangi sungai itu.

Katanya, keadaan menyebabkan laluan itu tidak boleh dilalui kereta dan berbahaya kepada penduduk di seberang sungai terutama pelajar untuk berulang alik ke sekolah.

“Bila hujan, pelajar di seberang sungai memang tidak dapat ke sekolah kerana takut nak menyeberang sebab arus deras,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ramli berkata, jambatan lama asalnya dibina melepasi aras sungai sebelum keadaan berubah berikutan pembinaan sebuah mini hidro di hulu sungai selain sungai semakin cetek akibat dipenuhi pasir.

“Penduduk pernah bersihkan sungai ini tetapi bila hujan, pasir turun balik dan sungai jadi cetek semula. Jambatan konkrit pun dibina pada 1997 lagi dan sekarang sudah rosak,” katanya.

Ramli berkata, penduduk pernah memohon jambatan baru pada 2008 melalui Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) selaku agensi kerajaan bertanggungjawab namun hampa.

“Bila saya tanya masa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Manek Urai pada 2009, mereka kata sudah lulus tetapi sampai sekarang, tidak ada apa-apa tindakan diambil,” katanya.

Justeru katanya, dia merayu kepada agensi kerajaan berkenaan agar mempercepatkan pembinaan jambatan baru merentangi sungai itu demi kemudahan penduduk.

“Kepada pemimpin tempatan, saya harap mereka turun padang seperti selalu disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan lihat sendiri masalah penduduk,” katanya.

Menurutnya, pendedahan masalah itu juga diharap menarik perhatian Datuk Seri Mustapa Mohamed kerana Pengerusi Umno Kelantan itu sendiri pernah melintasi jalan itu ketika PRK Dun Manek Urai, 2009.

“Tok Pa (Mustapa) pernah datang rumah saya masa pilihan raya kecil itu dan beliau sendiri mengatakan kepada saya bahawa keadaan jalan ini berbahaya,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: