Terharu Diangkat Pemimpin, Harap Mampu Ringan Beban

imagePASIR MAS – Seorang bekas pengawal keselamatan di Kampung Kiat, terharu apabila Ketua Umno Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat sanggup mengangkatnya agar dia dapat menggunakan kerusi roda.

Warga emas, Abdullah Kechik, 65, berkata, dia tidak menyangka seorang pemimpin sanggup mengangkatnya semata-mata mahu dia mencuba kerusi roda baru.

Sebelum ini katanya, dia hanya duduk di atas kerusi dan baring di tilam kerana tidak mampu bergerak.

“Penyakit saya bermula apabila nanah keluar dari kaki kanan sehingga menyebabkan saya tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan.

“Keadaan saya semakin teruk selepas pembedahan, saya tidak mampu berdiri dan bergerak seperti sebelum ini,” katanya semalam.

Abdullah berkata, sejak muda lagi, dia tidak suka menyusahkan ahli keluarga yang lain, maka bantuan ini akan memudahkannya bergerak ke bilik tidur dan bilik air.

Bukan itu sahaja katanya, dia tidak mahu membebankan anaknya, Norhayati, 39, yang juga pesakit buah pinggang.

Sementara itu, Hanafi berkata, bantuan berkenaan diharap dapat mengurangkan beban yang dihadapi keluarga Abdullah.

“Saya berdoa agar kesihatan Abdullah serta anaknya cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan lebih selesa, kelak,” katanya selepas majlis penyampaian semalam.

Turut hadir, wakil Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPP) Pasir Mas dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Kiat, Mohd Hafizi Ismail.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: