Umno Tuntut Penjelasan Pajak Tanah Di Gua Musang

379302_10151452198860039_790672322_nKOTA BHARU – Umno Kelantan menuntut kerajaan negeri supaya memberi penjelasan mengenai isu pemajakan tanah di Gua Musang kerana ia perlu diketahui rakyat, di samping menghentikan segala tanda tanya berhubung kontroversi itu.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta supaya pihak terbabit bertindak telus mendedahkan kepada siapa dan mengapa tanah-tanah tersebut diberi milik atau dipajakkan kepada pihak-pihak terbabit.

“Umno Kelantan menuntut supaya kerajaan negeri mendedahkan syarikat mana yang dapat tanah-tanah tersebut sama ada bumiputera atau sebaliknya.

“Dan kita juga hendak mengetahui apakah kaedahnya tanah tersebut (diperoleh mereka), adakah kerana dia DAP, kita bagi tanah ini, kerana dia kronikah atau kerana sumbangan kepada tabung politiknyakah? Ini rakyat hendak tahu. Sampai sekarang belum ada keputusan mengenainya,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan RM100 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Melor di sini.

Kerajaan negeri sebelum ini didakwa memajakkan  tanah  seluas lebih 4,000 hektar di  Relai di sini kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan dua pemimpin  DAP  Perak iaitu Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Nga Kor Ming.

Mustapa memberitahu, setakat ini terdapat kira-kira 20,000 hektar tanah yang sudah dipajak dan diberi milik bagi konsep ladang rakyat dan lebih 17 kawasan sudah dibuka yang merupakan tanah rizab hutan atau dahulunya diusahakan peneroka.

“Ini bukan perkara kecil. Seluas 20,000 hektar itu boleh jadi satu parlimen. Daripadanya, 10,000 ekar atau 4,000 hektar itu dapat kepada Koo Ham dan Kor Ming. Maknanya 15 peratus daripada tanah dapat kepada mereka,” katanya.

Melahirkan rasa dukacita atas apa yang menimpa peneroka-peneroka di Gua Musang atas titik peluh mereka mengusahakan tanah-tanah berkenaan selama berpuluh-puluh tahun, Mustapa mempersoalkan keadilan buat peneroka-peneroka malang itu.

“Dulu, ada satu pandangan mengatakan bahawa tidak ada tanah haram di dunia ini cuma tanah haram di Mekah.

Atas pandangan tersebut ramai rakyat Kelantan yang pergi ke hulu Kelantan untuk mencari tanah dan mengusahakan tanah kerana di kawasan Kota Bharu, Bachok, Tumpat, kepadatan penduduk tinggi, maka berhijrah ke Gua Musang. Ada antara mereka sudah dua, tiga generasi selama 30 tahun mengusahakan tanah.

“Tapi apabila tanah diberi milik atau disewa kepada syarikat-syarikat termasuk syarikat bukan Bumiputera maka mereka dihalau keluar walapun mereka dah lama mengusahakan tanah ini.

“Kita tahu betul sesetengah mereka belum mendapat hak milik, dari segi undang-undang ia benar. Tapi dari segi moralnya, 30 tahun mengusahakan tanah, bagaimana? Ada yang usahakan tanah sehingga 12 ekar, apabila diberi pampasan cuma upah tebas, dapat 2,400 ringgit sahaja.. itu pampasan diberikan kepada seorang yang berpuluh tahun usahakan tanah, adakah ini adil?” ujarnya.

Justeru, Mustapa sekali menegaskan supaya kerajaan negeri menerangkan maklumat terperinci berhubung hal itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Selagi tidak jelas akan timbul pelbagai tuduhan. Itu sebab itu kita mahu sebelum pilihan raya ini bagi tahu secara terperinci untuk meyakinkan. Sekarang tak yakin,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: