Bina Bentang Atasi Hakisan

imageMACHANG –  Kerja membina benteng akan dilaksanakan bagi menangani masalah hakisan sungai di Kampung Cherodok, Belakang Hospital, dekat sini.

Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Machang, Wan Azinuddin Wan Ibrahim  berkata, pihaknya menerima aduan penduduk berkaitan masalah itu, dan berharap kerja membina benteng itu dapat dilaksanakan segera apabila mendapat peruntukan.

Katanya, pihaknya sentiasa memantau keadaan di kawasan itu untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan sekitar.

“JPS akan memohon peruntukkan tambahan bagi memastikan kerja membaiki benteng di sungai tersebut dapat dilaksanakan dengan baik, dan mengelakkan hakisan pada masa akan datang yang mana boleh membahayakan penduduk di kawasan sekitar,” katanya ketika diminta
mengulas aduan penduduk yang disiarkan baru-baru ini.

Lebih lima keluarga yang tinggal berhampiran sungai Kampung Cherodok, Belakang Hospital di sini, berdepan bahaya apabila tebing sungai itu terhakis teruk sejak setahun lalu.

Penduduk,  Jizah Latif berkata, pada asalnya ia adalah anak sungai dan bertambah lebar akibat hakisan, terutamanya selepas pembinaan  longkang di kawasan berdekatan.

Katanya,  keadaan itu membimbangkan keluarganya dan penduduk berdekatan, memandangkan hakisan itu  bertambah serius dan mampu membahayakan mereka.

“Dulu kalau lompat pun boleh lepas namun sungai bertambah lebar sejak kebelakangan ini akibat hakisan. Apa yang menakutkan makcik, jarak antara rumah dan tebing sungai semakin dekat, dan membuatkan tidur kami tidak lena setiap kali hujan lebat terutama pada musim tengkujuh.

“Saya berharap pihak yang berkuasa membantu kami menangani masalah ini dengan membina benteng atau mengambil tindakan yang bersesuaian bagi mengatasinya,” katanya.

Sementara Norhayati Ismail berkata, hakisan itu menimbulkan kegelisahan keluarganya memandangkan rumah mereka boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja jika ia dibiarkan berterusan.

Katanya, keadaan itu semakin buruk sejak kebelakangan ini dan memerlukan tindakan segera, apatah lagi jarak antara tebing sungai dan rumahnya hanya beberapa meter sahaja.

“Kami merayu pihak yang berkenaan ambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah ini.  Jika rumah ini runtuh, kami tidak ada tempat lain yang hendak dituju,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: