Elaun RM800,000 Bantu Nelayan

imagePASIR PUTEH – Seramai 2,000 nelayan dari jajahan ini, Bachok, Tumpat dan Kota Bharu menerima elaun sara hidup nelayan dengan berjumlah RM800,000 mengikut jadual yang ditetapkan sepanjang tempoh dua bulan laut bergelora di musim tengkujuh.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan, Wan Mohd Adnan Wan Ibrahim berkata, Disember tahun lalu dan Januari tahun ini adalah tempoh bertenang bagi nelayan untuk turut ke laut, berikutan keadaan cuaca yang membabitkan fenomena sunamo baru-baru ini dan monsun timur laut yang masih belum reda.

Katanya, elaun sara hidup sebanyak RM200 bagi setiap nelayan dapat membantu mengurangkan bebanan perbelanjaan keluarga ketika tidak dapat turun ke laut.

“Kita menyedari, kebanyakan nelayan bot kecil tidak dapat ke laut sepanjang Disember, Januari hingga Februari kerana laut bergelora.

“Kerajaan Persekutuan prihatin dengan masalah ini dengan menetapkan bayaran elaun secara berjadual, bagi membantu meringankan bebanan kewangan yang ditanggung,” katanya pada majlis penyampaian elaun sara hidup secara tunai kepada 212 nelayan kawasan

Semerak, di Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali di sini, kelmarin

Majlis itu disempurnakan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Pasir Puteh, Zawawi Othman manakala penyampaian bayaran elaun itu disempurnakan Bendahari Umno Bahagian, Mohd Noor Rameli.

Wan Mohd Adnan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini bahawa angin kencang timur laut dengan kelajuan dari 50 hingga 60 kilometer sejam, dengan ketinggian ombak sehingga 4.5 meter akan berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat) mulai kelmarin dan dijangka berterusan sehingga Rabu, 23 Januari ini.

Wan Mohd Adnan berkata, LKIM sentiasa memantau perkembangan nelayan Kelantan dengan melaksanakan pelbagai program dalam usaha memastikan mereka tidak dihimpit kesusahan.

Ketika diminta mengulas mengenai kuota bekalan bahan api bersubsidi kepada nelayan, beliau berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak 130 juta liter diesel dan petrol bagi kegunaan nelayan Kelantan menjalankan aktiviti penangkapan ikan sepanjang 2012.

“Semua pembelian dan transaksi pengambilan bekalan bahan bersubsidi itu direkodkan ke dalam data elektronik e-nelayan secara dalam talian yang turut mencatatkan lebihan baki kuota yang tidak digunakan sepanjang tahun lalu sebanyak 67 juta liter,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: