Harussani Sokong Majlis Syura

imageSHAH ALAM – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong tindakan Majlis Syura Pas untuk tidak menarik balik keputusan berhubung isu kalimah ALLAH.

Menurutnya, perkara yang melibatkan akidah tidak perlu dibincangkan dan ketegasan yang ditunjukkan adalah perkara yang wajar dicontohi.

“Isu akidah itu sensitif, bukan seperti akhlak yang boleh diperdebatkan atau ditukar mengikut pendirian sendiri.

“Sudah banyak kali saya tekankan perkara ini. Jangan sesekali campurkan isu agama dengan politik,” katanya.

Katanya, pendirian Majlis Syura Pas menunjukkan perihal agama Islam tidak ada tolak ansur.

“Kita sendiri pun tidak boleh membawa kalimah ALLAH ini ke dalam tandas, bagaimana pula ia boleh dibawa masuk ke tokong atau gereja?

“Kalimah agung ini juga tidak boleh diletak di bawah kaki dan (mesti) sentiasa berada di atas. Jadi Majlis Syura Pas telah menjalankan kerja mereka dengan baik sekali,” katanya.

Harussani berharap tidak ada lagi mana-mana parti politik mempersoalkan perkara berkaitan akidah ini.

“Saya dapati, DAP seperti mahu memecahbelahkan umat Islam di negara ini. Kerana itu, ketegasan seperti yang dilakukan (oleh Majlis Syura) ini amat penting supaya agama Islam tidak diperlekehkan,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: