Kalimah ALLAH: NGO Kecewa Peguam Persoal Titah Sultan Selangor

Sultan-Selangor-Khalid-GOMBAK – Gabungan 40 badan bukan kerajaan (NGO) Islam membantah tindakan sebuah firma guaman yang dikatakan menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung titah baginda melarang kalimah ALLAH digunakan oleh orang bukan Islam di negeri itu.

Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya berkata, sebuah firma guaman dipercayai menghantar surat, bertarikh 10 Januari lalu, kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mempertikaikan bidang kuasa Sultan Selangor berhubung titah larangan terbabit.

“Mereka telah menceroboh bidang kuasa Sultan Selangor dan mendesak Mais berhenti keluarkan kenyataan larangan guna kalimah ALLAH. Mereka sangat berani mencabar titah Sultan (Selangor).

“… mereka pertikai titah baginda apabila mahkamah telah benarkan (awal 2010) dan Perdana Menteri sendiri telah membenarkan Bible bahasa Melayu diimport,” katanya  ketika ditemui di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Uiam) semalam.
Susulan itu, Pembela yang mewakili lebih 40 NGO akan menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-raja Melayu bagi menyatakan sokongan terhadap institusi diraja dan mendesak supaya diambil tindakan terhadap pihak-pihak terbabit.

“Insya-ALLAH dalam masa seminggu dua ini, bila petisyen itu siap, kita akan hantar bersama memorandum kepada Majlis Raja-raja, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13,” katanya.

Pada 8 Januari lalu, Sultan Selangor dilaporkan terkejut dan kesal dengan pendirian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta agar kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible bahasa Melayu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohd Misri Idris berkata:

“Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah ALLAH yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang Iain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.”

Dalam pada itu, Aminuddin membidas sikap pemimpin pembangkang yang lebih mengutamakan parti dan mendapatkan kuasa berbanding mempertahankan kesucian agama Islam sebagai agama persekutuan.

Selain itu katanya, Pembela sudah pun memulakan tindakan membantah penghinaan terhadap institusi diraja dengan membuat laporan polis di Balai Polis Travers tentang tindakan firma guaman terbabit yang sanggup mencabar kuasa Sultan Selangor.

“Saya difahamkan pihak polis akan buat siasatan terperinci perkara ini,” katanya.

Kandungan petisyen yang bakal diserahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu terdiri daripada:

– Menyarankan supaya Majlis Raja-raja Melayu menetapkan satu agenda khas untuk perkara ini diperhalusi dan diputuskan tindakannya
– Mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang berkenaan yang terus-menerus mencabar hal ehwal berkaitan Islam menerusi kedegilan mereka membuat tuntutan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan beragama Islam
– Pihak istana mengambil tindakan ke atas pihak yang tidak mempedulikan peruntukan undang-undang tentang kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Persekutuan
– Saran Majlis Raja-raja Melayu mengeluarkan titah peringatan tegas kepada pemimpin politik sama ada yang beragama Islam atau bukan beragama Islam, menghormati larangan penggunaan kalimah ALLAH di kalangan bukan Islam menurut kedudukan undang-undang sedia ada, serta tidak menjadikan isu ini sebagai alat untuk meraih sokongan politik sempit dan tidak bertanggungjawab

Antara gabungan 40 NGO Islam yang sepakat dalam Pembela ialah Ikatan Muslimin Malaysia, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Pertubuhan Jalur Tiga, Pertubuhan Profesional Muslim dan Ukuwwah Ummah, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Belia Islam Nasiona, Institut Kajian Islam dan Strategik (ISSI), Persatuan Ulama Malaysia-Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Institut Pemikiran Tradisional Islam, Jamiyah Dakwatul Islamiyah atau Persekutuan Islam, Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal, Pertubuhan Menanggani Gejala Sosial dan Persatuan Kebajikan Aman Pattani Malaysia.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: