‘Mat Sabu Cuba Kelirukan Rakyat’

imageSHAH ALAM – Pemimpin Umno menyifatkan tindakan Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112), Mohamad Sabu yang mahu mengadakan perhimpunan lebih besar, jika ada unsur penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai tidak waras.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron berkata, jika benar berlaku penipuan dalam PRU12 pada 2008, BN tidak akan hilang dua pertiga majoriti.

Katanya, PRU lalu menyaksikan pembangkang menang secara adil dan berjaya menguasai lima negeri.

“Mat Sabu cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai provokasi dan sengaja memutar belitkan fakta. Secara peribadi, saya merasakan pembangkang sudah tiada isu yang mahu dimainkan menjelang PRU13,” katanya.

Menurut Idris, sekiranya perhimpunan lebih besar itu diteruskan juga setelah BN memegang tampuk pemerintahan kerajaan, mereka turut akan berhimpun.

Katanya, perhimpunan tersebut bagi mendedahkan penyalahgunaan kuasa mahkamah oleh Mat Sabu untuk memenangi kes melibatkan beliau, sebelum ini.

“Rakyat sudah bijak dan mereka boleh menilai perkara benar atau salah. Mat Sabu dinasihatkan agar tidak melakukan tindakan yang boleh mencemarkan imej parti Pas,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: