Annuar Nafi Kawalan Longgar

tsam-1Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menafikan dakwaan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bahawa kawalan keselamatan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada pertemuan antara kedua-dua pasukan Selasa lalu, longgar.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, KAFA dan PBNJ sudah mengadakan rundingan dengan pihak keselamatan seperti polis dan Pasukan Ikatan Relawan Malaysia (RELA) sebelum bermula perlawanan berkenaan.

Annuar menegaskan, segala persiapan kawalan keselamatan dalam perlawanan itu sudah dilakukan dengan baik oleh pihak keselamatan dan tindakan penyokong Kelantan yang melakukan provokasi selepas tamat perlawanan adalah di luar kawalan KAFA.

Isu keselamatan kita sudah bincang sebelum perlawanan lagi dan semua sudah setuju. Kejadian kecoh selepas perlawanan adalah berlaku di luar kawalan KAFA kerana ia berada di luar aspek keselamatan seperti dibincangkan.

Pada keseluruhannya, saya ucap terima kasih kepada Polis Kelantan dan juga RELA. Saya fikir daripada segi keselamatan mereka sudah buat yang terbaik dan tidak ada peristiwa yang di luar kawalan keselamatan, katanya semalam.

BH Sukan kelmarin melaporkan, Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim membuat akuan bersumpah bahawa KAFA gagal menepati janji untuk menjamin keselamatan penyokong Harimau Selatan apabila mereka dibaling dengan botol, kaca dan kayu sehingga ada yang mengalami kecederaan.

Bendahari PBNJ, Datuk Abd Latiff Bandi turut mendakwa penyokong Kelantan mula melakukan provokasi sebaik pemain Harimau Selatan tiba di stadium, kira-kira jam 6.50 petang.

Tags:

Categories: Berita, Sukan

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: