DAP mahu Jadi dominan, Dakwa Tukar

582414_10151298608193472_1361518083_nKOTA BHARU – Tindakan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh kini kelihatan semakin terdesak untuk mempengaruhi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengkaji semula penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam kitab bible versi melayu.

Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar), Kamarudin Mohd Kasim berkata, tindakan Karpal yang memujuk Hadi itu seolah-olah mahu menjadikan DAP sebagai parti dominan dalam Pakatan Rakyat.

“Beliau (Karpal) mahu jadikan DAP parti dominan dan untuk memastikan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengikut kehendak mereka yang juga salah satu ‘ahli’ dalam Pakatan Rakyat (PR),” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, tindakan itu menunjukkan Karpal tidak menghormati keputusan yang telah dilakukan Majlis Syura yang turut dianggotai oleh komponen terbesar PR iaitu Pas.

Beliau berkata, Karpal juga cuba memperlekehkan keputusan yang telah dibuat Majlis Syura dan tindakan memujuk Hadi seolah-olah cuba mempengaruhi presiden Pas tersebut.

“Selagi Hadi tidak buat kenyataan terbuka sama ada mempertahankan atau berpatah balik dengan keputusan tersebut, Karpal akan tetap memujuk dan mendesak keputusan itu dikaji semula.

“Karpal tidak memahami keputusan yang dibuat Majlis Syura, itu bukannya keputusan yang dibuat Hadi seorang diri, tetapi ia merupakan suara majoriti ahli-ahli Majlis Syura yang terdiri dari golongan ilmuan Islam yang tahu tentang selok-belok penggunaan kalimah ‘Allah’ yang semakin hangat diperkatakan.

“Saya mahukan penjelasan tentang hal ini kerana ia telah mengelirukan rakyat, tidak kira orang Islam atau bukan Islam, semuanya mahukan penjelasan, jika benar Hadi akan berpatah balik dengan desakan tersebut, ini akan menunjukkan beliau seorang yang tidak tetap pendirian dan sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan partinya,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: