Edar Bible: Polis Terima 7 Laporan

Datuk Abdul Rahim Hanafi

Datuk Abdul Rahim Hanafi

PULAU PINANG. – Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima tujuh laporan berhubung kejadian pengedaran Bible kepada pelajar di negeri ini baru-baru ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, laporan itu diterima sejak hari kejadian di beberapa buah balai polis di sekitar negeri ini.

“Sehubungan itu, kita akan mempercepatkan siasatan berhubung kes ini. Bagaimanapun belum ada sebarang tangkapan dibuat setakat ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu, Persatuan Muka Buku Pulau Pinang (PMBPP) membuat laporan polis apabila ahlinya mengesan tindakan dua lelaki mengedar Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Menurut PMBPP, pengedaran itu juga dilakukan terhadap pelajar Melayu sekolah berkenaan sehingga menyebabkan pihaknya terpaksa membuat laporan polis.

Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata, pihaknya akan menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu apabila kertas siasatan lengkap.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut meminta pihak polis melakukan siasatan segera berhubung kejadian itu.

Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kasim pula memberitahu, pihaknya hanya akan membuat siasatan sekiranya ada laporan membabitkan kes itu kepada Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang.- Utusan Malaysia

 

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: