Isu Pemilihan CEC: ROS Mula Siasat DAP

4ff66fe3b7eb62190938eec118e756f9Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mula mencari bukti terhadap dakwaan penyelewengan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dengan memanggil dua ahli parti yang membuat aduan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ROS memerlukan maklumat tambahan selepas menerima memorandum daripada ahli parti berkenaan minggu lalu.

“Ia bukan siasatan tapi berasaskan kepada perkara yang dibangkitkan dalam memorandum berkenaan.

ROS memerlukan maklum balas dan maklumat tambahan. Saya difahamkan, pihak berkenaan menyatakan mempunyai bukti tertentu.

Justeru, bukti itu mesti dipanjangkan kepada ROS,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 kepada 267 kakitangan kementeriannya, di sini semalam.

Minggu lalu, dua ahli seumur hidup DAP mendesak ROS menyiasat dakwaan wujud penipuan dan manipulasi ketika pemilihan CEC parti itu pada 15 Disember lalu.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, A David Dass dilaporkan berkata, beliau membawa isu itu berikutan keengganan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan ramai ahli parti yang kecewa dengan keputusan itu.
Ia susulan pertambahan undi yang diperoleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Abdullah, yang pada mulanya mendapat undian 305, diumumkan memperoleh 803 undi selepas kiraan semula, sekali gus meletakkan beliau di kedudukan ke-20 dalam CEC.

Hishammuddin berkata, beliau berharap siasatan mengenai isu berkenaan dapat dijalankan dengan baik dan mengikut undang-undang, selain memberi keadilan kepada semua pihak.

Sementara itu, katanya, kementeriannya akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah yang terbukti berkesan dalam tempoh lebih empat tahun dilaksanakan, serta transformasi jabatan dan agensi di bawah KDN.

Katanya, jemaah menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan lawatan ke semua negeri pada 3 Februari bagi melihat sendiri gelombang kesukarelaan yang kini semakin mendapat tempat di hati generasi muda.

Hadir sama, timbalannya, Datuk Lee Chee Leong dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi. – Berita Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: