Janji PM Bukan Beli Jiwa

jazlan kak miMACHANG – Janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Kelantan bukanlah bertujuan untuk membeli jiwa sebaliknya ia membuktikan kesungguhan kerajaan Pusat membeli rakyat di negeri ini yang sudah lebih 20 tahun di bawah pemerintahan Pas, kata Ketua UMNO Bahagian Machang,  Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub.

Beliau berkata, janji itu juga bukanlah gula-gula pilihanraya sebaliknya menegaskan tindakan Perdana Menteri itu membuktikan keikhlasan kerajaan dan ia tidak perlu diputar belitkan oleh pembangkang.

“Meraka (Pakatan Rakyat) tidak perlu memutar belitkan janji yang dibuat Perdana Menteri kerana mereka sendiri tidak mampu membela nasib rakyat selepas diberi mandat sekian lama.

“Rakyat di negeri ini perlu bijak menilai kesungguhan  Perdana Menteri itu dan jangan mudah termakan hasutan golongan tertentu yang. membuat pelbagai tohmahan bagi menutup kelemahan dan ketidakupayaan membangunkan negeri ini selepas membuat pelbagai janji kosong kepada rakyat demi kepentingan politik,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengagihan bantuan awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Hamzah 2, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tujuh janji yang dibuat Perdana Menteri itu jelas menunjukkan kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan  Kelantan sekaligus menutup tohmahan  yang dibuat  PR.

“Datuk Seri Najib Tun Razak komited bagi membantu rakyat Kelantan dan kesungguhan tersebut dibuktikan dengan kedatangan beliau dan keprihatinan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat sejak sekian lama,” katanya.

Perdana Menteri dalam lawatan seharinya ke Kelantan Ahad lalu sempena program Jelajah Janji Ditepati, mengumumkan tujuh projek besar akan dibangun di negeri ini sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada pilihan raya umum nanti.

Antaranya, pembinaan  stadium baru, pembinaan masjid terbesar yang bakal menjadi ikon di negeri ini, menyelesaikan masalah air, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu dan 3,000 unit perumahan rakyat.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: