Janji PM Bukti Kelantan Tidak Di Anak Tiri

AMIRUL HAFIZ

 

saa1663

KOTA BHARU – Janji kerajaan akan melaksanakan projek besar di Kelantan sekiranya dapat menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13)nanti membuktikan Kerajaan Pusat tidak pernah mengabaikan negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, janji yang akan dimuatkan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) akan direalisasikan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat mentadbir negeri ini pada pilihan raya tersebut.

“Selain keperihatinan Perdana Menteri terhadap rakyat, janji itu juga menunjukkan beliau sentiasa mengambil berat kepada negeri walaupun dikuasai pembangkang sepenuhnya,” katanya ditemui di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong semalam mengumumkan tujuh projek besar akan dibangun di negeri ini sekiranya BN diberi mandat pada PRU13 nanti.

Antara janji tersebut adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, membina masjid terbesar yang bakal menjadi ikon di negeri ini, stadium baru dan 3,000 unit perumahan rakyat.

Mustapa berkata, janji tersebut secara tidak langsung menolak tuduhan liar pembangkang selama ini kononnya Kerajaan Pusat tidak berlaku adil kepada Kelantan.

Sehubungan itu beliau meminta, agar rakyat negeri ini bangkit memberi komitmen padu kepada BN pada PRU13 kerana dengan itu segala bentuk pembangunan dapat dilaksanakan dengan mudah dan terancang.

Katanya, rakyat boleh menilai sendiri kredibiliti Kerajaan Pusat bagi meletakkan keyakinan penuh berdasarkan transformasi janji ditepati dilaksanakan Perdana Menteri sejak menerajui kerajaan.

“Janji ditepati memang terbukti. Kita boleh lihat sendiri setiap janji dibuat Perdana Menteri pastinya ditunai seperti Bantuan Persekolahan 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan banyak lagi yang sememangnya menjadi keinginan rakyat.

“Maka tidak ada sebab rakyat menolak sebuah kerajaan yang sangat bertanggungjawab kepada rakyat,” katanya.

Tambahnya, rakyat wajar memilih kerajaan berwibawa seperti BN kerana ia adalah satu-satunya kerajaan yang sentiasa memahami aspirasi rakyat.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: