Lagi Akar Umbi DAP Desak Pemilihan Semula CEC

po_13.1PULAU PINANG  – Kira-kira 45 ahli dan penyokong DAP hari ini mengadakan demonstrasi aman dengan berarak sejauh 300 meter dari Air Itam menuju Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Putih yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng di sini bagi mendesak pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti diadakan.

Wakilnya, S. Sivasamy berkata, pihaknya mahu pemilihan itu diadakan selaras dengan laungan yang sering dilaungkan kepimpinan parti iaitu cekap, akauntabiliti dan telus.

Katanya, pemilihan tersebut dilihat seolah-olah mempunyai unsur pilih kasih apabila terdapat kesilapan malah parti juga seperti tidak memberi layanan sama rata terhadap ahli daripada kaum India.

“Kita mahu pemilihan itu diadakan semula dan parti harus memastikan tiada sebarang kesilapan akan berlaku lagi.

“Bagaimana lebihan 500 undi itu boleh terjadi dalam pemilihan tersebut? Ini bukan pemilihan yang dilakukan oleh murid sekolah tetapi sebuah parti politik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan berkenaan.

Dalam pemilihan CEC yang diadakan Disember lalu, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Zairil Khir Johari yang pada mulanya mendapat 305 undi kemudian diumumkan memperoleh 803 undi selepas pengiraan semula dilakukan sekali gus meletakkannya di kedudukan ke-20 dalam CEC.

Sivasamy dalam pada itu menambah, dia akan menghantar surat tidak puas hati kepada kepimpinan parti dalam masa terdekat.

“Kalau suara ahli tidak didengari kepimpinan parti, apakah mereka akan dengar suara seluruh rakyat negara ini sekiranya berjaya dalam pilihan raya umum akan datang?” soalnya.

Selain itu, dia juga melahirkan kekecewaan apabila ada pihak-pihak tertentu yang cuba menafikan keahliannya dalam parti berkenaan.

“Hampir 30 tahun saya menjadi ahli DAP. Saya cuma mahu parti menunjukkan ketelusan seperti yang sering dilaungkan,” ujarnya. – Utusan Malaysia

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: