NGO R Hanya Menangguk Di Air Keruh

AMIRUL HAFIZ

sheih-blogKOTA BHARU – “Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (NGO ‘R’) tidak ubah hanya seperti menangguk di air keruh”.

Demikian reaksi penulis blog Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz, terhadap pengerusi NGO ‘R’, Nazri Deraman, selepas cabaran debatnya berhubung isu royalti minyak Kelantan ditolak.

Beliau berkata, alasan Nazri ketika menolak cabarannya itu sama sekali tidak logik di akal sekaligus membuktikan beliau tidak mempunyai fakta cukup bagi mendebatkan isu tersebut.

“Sebab itu dikatakan mereka hanya menangguk di air keruh, mengejar publisiti murahan melalui berarak, demonstrasi dan sebagainya. Tapi bila orang ajak berhujah dengan fakta dia banyak alasan pula.

“Ibarat ayam jantan yang kemain berkokok kononnya akulah hero tetapi bila diajak masuk gelanggang tidak mahu,” katanya ditemui di sini hari ini.

Semalam Nazri dilaporkan enggan berdebat dengan Syed Azidi sebaliknya hanya akan berdebat dengan individu-individu berintegriti seperti Datuk Seri Mustapa Mohamad atau Datuk Dr. Awang Adek Hussin mengenai isu royalti minyak Kelantan.

Beliau turut mempertikaikan integriti Syed Azidi yang tidak pernah dilihat berdebat dengan sesiapa selain tidak mempunyai ramai pengikut sepertinya.

“Saya ada pengikut 30,000 orang, kalau dia ada lebih kurang saya (pengikut) mungkin boleh ajak debat,” kata Nazri dipetik sebagai berkata.

Dalam reaksi lanjut bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu berkata, pengikut yang ramai bukan asas untuk debat sesuatu isu tetapi fakta menjadi hujah utama dalam merungkai sesuatu.

Beliau mendakwa, mempunyai asas menawarkan debat dengan Nazri memandangkan beliau antara individu pertama terbabit dalam kajian berkenaan tuntutan royalti minyak Kelantan.

“Saya adalah antara orang yang pertama diarah untuk membuat kajian dalam isu tuntutan royalti minyak Kelantan iaitu yang pertama pada Pilihan Raya Umum 2008 dan kedua sewaktu Pilihan Raya Kecil Manek Urai.

“Pada masa itu Nazri Deraman dan NGO ‘R’ masih tak tahu apa-apa tentang royalti minyak. Jadi, realitinya saya mempunyai asas menawarkan Nazri debat dan realiti itu sememangnya tidak mampu dipertikaikan lagi,” katanya.

Syed Azidi berkata, debat diadakan bukan untuk mengangkat ego sesiapa atau untuk dibanggakan sebaliknya program ilmu bagi menjernihkan pengetahuan rakyat Kelantan.

Debat royalti minyak Kelantan setakat ini hanya berkisar di kitaran dunia maya dengan secara tidak langsung melalui laman sosial facebook membabitkan penyokong NGO R dan facebooker lain.

Bagaimanapun hujah NGO R yang dibentangkan penyokongnya dalam mempertahankan isu berkenaan di laman tersebut ternyata lemah apabila gagal menangkis hujah beberapa facebooker lain yang berminat dengan isu tersebut.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “NGO R Hanya Menangguk Di Air Keruh”

  1. nik aziz pulau celako
    January 22, 2013 at 10:13 am #

    Nazri Deraman ni tak ada telur, mcmana dia nak sahut berdebat dgn Syed Azidi. Cakap menipu dlm media propembangkang, bolehlah. Nak berdebat satu sama satu tetiba jadi pengecut. batang pelir terkerlok masuk dlm. Hahahahaha Nazri pondan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: