Dekati Rakyat, Jelaskan Dasar Kerajaan

wt_02.1KOTA BHARU  – Jabatan Penerangan akan menggerakkan sebanyak 3,920 ahli Komuniti 1Malaysia di seluruh negeri bagi mendekati rakyat dan menjelaskan mengenai dasar-dasar Kerajaan Pusat.

Pengarah Penerangan Kelantan, Ramly Yusoff berkata, selain hubungan secara langsung beberapa program turut dirangka melibatkan penglibatan masyarakat antaranya pertandingan Kumpulan Gitar Rancak (Kugiran) dan Kenali Jiran.

“Ini adalah masanya untuk kita memberi penerangan kepada rakyat tentang apa yang kerajaan buat untuk mereka dan menangkis segala tohmahan tidak baik yang dibuat sesetengah pihak.

“Melalui program ini wujud komunikasi antara kita dengan rakyat, jadi program-program seperti ini perlu selalu diadakan di semua daerah di negeri ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam Bengkel Transformasi Politik di Pejabat Penerangan Kota Bharu, di sini hari ini.

Ramly berkata, lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di negeri ini kelmarin perlu dihebahkan kepada semua masyarakat terutama janji beliau untuk melakukan tujuh projek besar di Kelantan.

Sehubungan itu katanya, penerangan perlu disampaikan untuk menarik sokongan rakyat kerana sokongan tersebut penting dalam memastikan kerajaan dapat menunaikan janji-janji berkenaan.

“Inilah tujuan bengkel seperti ini dilakukan dengan kehadiran semua pegawai setiap daerah kerana kita mahu mencari jalan bagaimana dan apa yang perlu dilakukan sebagai aktiviti penerangan kita.

“Selain itu, saya berharap komunikasi dengan rakyat juga menjadi medan untuk kita mengetahui masalah rakyat seperti jika ada mana-mana keluarga yang masih tidak menerima bantuan yang disediakan,” katanya.- Utusan

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: