Guna Air Telaga Tercemar

imageTUMPAT – Dua keluarga di Kampung Bunut Sarang Burung di sini memohon bekalan air bersih daripada jabatan berkenaan, selepas air telaga yang diguna sejak 10 tahun lalu didakwa tercemar.

Lebih membimbangkan, mereka mendakwa air kumbahan menyerap masuk ke dalam telaga setiap kali musim hujan dan situasi berkenaan dikhuatiri akan menyebabkan penyakit bawaan air.

Rosmini Abdul Rashid, 46, berkata, sejak kebelakangan ini, air telaga di hadapan rumahnya disyaki bercampur air kumbahan berdasarkan perubahan warna air itu kepada kekuningan dan berbau busuk.

“Disebabkan tiada pilihan, air dari telaga inilah digunakan saban hari untuk rutin harian keluarga saya,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mampu mendapatkan bekalan air bersih kerana tiada wang bagi menampung kos penyelenggaraan pemasangannya kerana suaminya, Norizah Yusof, 51, terlantar sakit akibat darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.

“Sudah dua tahun suami saya tidak bekerja disebabkan penyakitnya itu, lagi pun tiga jari kakinya dipotong akibat kencing manis teruk.

“Sejak itu kehidupan saya lima sekeluarga terumbang-ambing,” katanya.

Menurutnya, pendapatan keluarganya bergantung kepada anak lelakinya, Mohd Arif, 18, yang mengutip barang lusuh.

Katanya, anak sulungnya, Syarifah Rozana, 21, yang bekerja di Kuala Lumpur sebagai pembantu kedai turut membantu dengan mengirim RM300 setiap bulan.

“RM300 yang dikirim anak itu saya gunakan untuk membayar bil elektrik dan barangan keperluan dapur.

“Sukar bagi saya untuk mengumpul wang bagi mendapatkan bekalan air bersih,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi penduduk, Norhayati Muhammad, 48, turut mengalami masalah sama apabila terpaksa berkongsi menggunakan air telaga tersebut dengan Rosmini.

“Masalah kewangan menyebabkan kami tidak mampu untuk mendapatkan air bersih, namun penglibatan daripada jabatan berkenaan diharap mampu menyelesaikan masalah ini,” katanya semalam. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: