Jangan Jadi Batu Api, Soi Lek Nasihat DAP

imageKUALA LUMPUR – MCA menyifatkan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menimbulkan semula isu kalimah ALLAH dengan menuntut kerajaan membenarkan kalimah tersebut dalam kitab Bible versi bahasa Melayu sebagai berbahaya.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, tindakan Guan Eng tersebut jelas sebagai ‘batu api’ dan mungkin menyebabkan rakyat berbilang kaum negara ini bergaduh jika perkara ini tidak terkawal.

“Dalam keadaan dan suasana yang tegang, beliau (Guan Eng) harap boleh menang. Isu ini jelas buktikan DAP memperalat kalimah ALLAH demi kepentingan politik.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, kerana rakyat berbilang kaum dan setiap kaum perlu hormati sensitiviti masing-masing,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pemimpin parti itu di Ibu Pejabat MCA, semalam.

Sementara itu, Soi Lek berkata, MCA tidak bersetuju dengan cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan panel Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi kaji kewarganegaraan sebelum Merdeka.

Katanya, perkara itu telah disepakati pemimpin ketika itu.

Namun, Soi Lek berkata beliau meragui Tun Mahathir benar- benar serius semasa buat cadangan itu, memandangkan Tun Mahathir cuba menyatakan kerajaan hanya memberi kerakyatan kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut undang-undang.

“Itu yang beliau cuba katakan. Saya baca kenyataan Tun Mahathir, saya tidak tahu kata-kata beliau itu serius atau sekadar jenaka. Kenapa perlu ada RCI jika diberi secara sepakat. Kerajaan beri kewarganegaraan kepada mereka berhak ikut undang-undang,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: