Janji PM Bukan Rasuah

Awang-Adek-Hussin-300x202KOTA BHARU – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin menafikan dakwaan sebahagian pemimpin Pas yang menyifatkan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai rasuah.

Beliau berkata, dakwaan itu tidak relevan kerana ia merupakan satu hasrat kerajaan untuk menjayakan sesuatu kepada rakyat di negeri ini.

“Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sudah pasti kita sentiasa merancang untuk membuat kebaikan kepada rakyat.

“Ada projek dibuat sekarang dan ada pula pada masa depan,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan pemimpin Pas berhubung tujuh projek mega yang dijanjikan Perdana Menteri kepada rakyat Kelantan Ahad lalu.

Hari ini, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan janji yang dibuat Najib untuk membangunkan projek mega itu sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi PRU13 nanti sebagai umpan untuk memancing undi.

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, sekiranya hasrat itu benar kenapa perlu menunggu kemenangan PRU13, sedangkan ia tanggungjawab kerajaan Pusat dalam menyalurkan peruntukan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat di seluruh negara.

Awang Adek bagaimanapun berkata, tidak salah PM membuat janji kerana ia diumumkan dari masa ke semasa dan rekod kerajaan pimpinan BN dalam melaksanakan janji telah terbukti.
.
“Kalau tak dapat buat sekarang ia akan dibuat pada masa hadapan. Kerajaan Kelantan juga pernah berjanji untuk membuat lebuh raya rakyat dan keretapi laju, janji bukan rasuah, yang penting apa diperkatakan mesti
ditepati.

“Dan kalau diperhatikan rekod Kerajaan Kelantan dalam hal ini, adalah sebaliknya. Banyak janji mereka tidak ditepati seperti pembinaan stadium dan jambatan kedua ,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Janji PM Bukan Rasuah”

  1. nash
    January 23, 2013 at 7:46 am #

    Najib janji untun membangunkan negeri kelantan dan membela nasib rakyat malaysia tetapi nik azizi kata rasuah dan husam kata TIRU???? Nak tanay balik bagaimana pulak tanah gua musang yang diberi kepada CINA kafir harbi DAP di kelanatn oleh nik aziz? Hasil kutipan macam mana? Tak reti ke nak buat akaun untung rugi? dag 20 tahun memerintah masih menunjukkan betapa bodohnya buat akaun kerugian hasil pemberian tanah kep[ada mereka. Itu lah bezanya BN Janji ditepati tetapi PAS janji di mungkari dan PKR janji di cemari.Nik aziz dan husam harus biujak membezakan maksud perkataan Rasuah sebelum buat kenyataan dalam akhbar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: