Janji PM Selaras Konsep Kepimpinan Islam

AMIRUL HAFIZ

Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-HafizKOTA BHARU – “Ia selaras dengan sunnah kepimpinan Rasulullah di mana baginda sentiasa meletakkan umatnya di hadapan”

Demikian reaksi Ahlijawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz, berhubung janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, terhadap rakyat negeri ini, Sabtu lalu.

Beliau berkata, konsep atau prinsip rakyat didahulukan adalah selari dengan prinsip kepimpinan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW sepanjang pentadbiran baginda.

“Memang rakyat atau ummah didahulukan berbanding politik dalam konsep kepimpinan Rasulullah. Sejarah membuktikan keperihatinan Rasulullah terhadap umatnya.

“Sehingga hampir penghujung hayatnya pun, semasa berhadapan saat pemergiannya baginda masih mengingati umatnya dengan menyebut ‘ummati’ yakni umatku sebanyak tiga kali.

“Ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah sentiasa meletakkan umatnya di hadapan,” katanya ditemui di sini, hari ini.

Perdana Menteri semasa melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong Sabtu lalu mengumumkan tujuh projek besar akan dibangun di negeri ini sekiranya BN diberi mandat pada PRU13 nanti.

Antara janji tersebut adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, membina masjid terbesar yang bakal menjadi ikon di negeri ini, stadium baru dan 3,000 unit perumahan rakyat.

Mohd. Syamsul berkata, janji tersebut sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa ia adalah semata-mata bagi memberi kemudahan serta kesenangan seluruh rakyat di bawah kepimpinannya.

Mengulas lanjut beliau berkata, konsep kepimpinan Islam yang dilakukan Perdana Menteri sejak mentadbir negara tidak pernah wujud keraguan kerana setiap janji-janjinya ditepati.

“Rakyat sendiri boleh melihat realiti janji Perdana menteri, ditepati. Kalau kita tengok dari perspektif Islam, dalam konsep kepimpinan Islam, ciri-ciri pemimpin beriman adalah bila berjanji, dia akan tepati,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: