Lawatan Ke Gaza Cara Terbaik Lahir Sokongan Kepada Palestin, Kata Najib

imageBANDARAYA GAZA –  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menurut kata hatinya untuk melawat ke Gaza supaya dapat berada bersama-sama dengan rakyat Palestin.

“Tiada cara yang lebih baik…ini cara terbaik untuk menjejak kaki ke Gaza bagi menzahirkan sokongan kami kepada rakyat Palestin,” katanya ketika berucap pada pertemuan dengan menteri Kabinet Palestin di sini semalam.

Najib, yang melakukan lawatan kemanusiaan sehari ke Gaza, diiringi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Perdana menteri berkata, rakyat Malaysia boleh menghantar bantuan kemanusiaan dan kewangan kepada Palestin namun beliau menganggapkan lawatan ini sebagai lambang yang amat kukuh terhadap sokongan padu kepada rakyat Palestin.

“Saya harap lebih ramai lagi pemimpin Islam dari seluruh dunia akan mengambil langkah sama. Perjuangan ini bukan hanya bagi penduduk Palestin tetapi juga kepada Ummah,” katanya.

Ketika berucap pada pertemuan itu, Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh berkata, lawatan Najib merupakan julung kali dilakukan oleh seorang perdana menteri asing yang bukan dari negara Arab ke Gaza.

Sementara itu, Najib menyifatkan urusan lawatan kemanusiaan beliau ke Gaza hari ini sebagai lancar, selamat dan berjaya.

Menulis ringkas menerusi laman tweeternya di @NajibRazak, malam ini, perdana menteri berkata, lawatan beliau ke Semenanjung Gaza yang didiami 1.7 juta rakyat Palestin itu disambut Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.
Melalui tulisan yang dimuat naik kira-kira dua jam lalu dan di’retweet’ oleh 532 orang, Najib yang mencatat sejarah sebagai perdana menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin turut berkongsi pengalaman beliau mengunjungi tapak projek sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah.

“Saya telah lawat Gaza dan disambut PM Ismail Haniyeh. Sempat juga kunjungi tapak projek sekolah (yang dibiayai) Malaysia. Alhamdulillah, urusan di Gaza berjalan dengan selamat dan jayanya,” kata Najib.

Perdana menteri turut melahirkan harapan yang lawatan singkat itu mampu mengeratkan silaturrahim antara dua negara.

Najib turut memuat naik gambar beliau bersama Ismail Haniyeh menerusi laman sosial facebook beliau dan mendapat hampir 10,000 ‘like’ dalam tempoh sama.

Perdana menteri sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: