Mesej Muhyiddin: Perlu Bersatu Martabatkan Islam

Muhyiddin-YassinKUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini mesti bersatu menguatkan barisan dan memantapkan perjuangan untuk memastikan Islam terus terpelihara dan berada pada martabat yang tinggi serta mulia.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata umat Islam kini berdepan cabaran yang amat besar untuk mengekalkan kemuliaan agama dan kekuatan ummah berpandukan pedoman al-Quran dan Al-Sunnah.

Justeru, beliau berkata, resepi terbaik adalah dengan menjadikan syariat Islam asas panduan dan pedoman dalam segenap aspek kehidupan.

“Umat Islam tidak boleh membiarkan anasir-anasir jahat merosakkan kemuliaan agama kita.

“Usaha tersebut tentunya bukan sesuatu yang mustahil kerana Rasulullah S.A.W. sendiri berjaya membimbing masyarakat Islam terawal sehingga menjadi umat yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini sempena sambutan Maulidur Rasul 1434/2013.

Selaras dengan tema sambutan tahun ini iaitu Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, Muhyiddin mengajak masyarakat Islam di negara ini bermuhasabah melihat sejauh mana umat Islam berpegang kepada ajaran Islam dan melaksanakan segala titah perintah Allah dan RasulNya.

Katanya, sambutan Maulidur Rasul adalah salah satu cara umat Islam menunjukkan sanjungan serta kasih sayang terhadap perjuangan dan pengorbanan Rasulullah S.A.W. yang tidak pernah kenal erti penat, gentar jauh sekali dibelenggu rasa kecewa demi mengembangkan Islam dalam keadaan serba kekurangan sekali gus berjaya menyatukan umat manusia di bawah satu agama.

“Adakah kita telah menjadikan perjuangan Rasulullah S.A.W. sebagai panduan hidup kita terutamanya dalam memelihara penyatuan ummah di negara kita, dan juga dalam memastikan Islam menjadi agama yang dihormati.

“Jika kita sedar tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. maka tentulah sambutan pada hari ini akan menjadi lebih bermakna,” katanya.

Muhyiddin juga mengajak umat Islam di negara ini untuk melipatgandakan usaha menjadi umat yang terbaik, sederhana dan adil dalam apa juga yang dilaksanakan. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: