Rakyat Kelantan Sambut Baik Tujuh Projek Besar – Mustapa

379302_10151452198860039_790672322_nKUALA LUMPUR  – Rakyat Kelantan menyambut baik tujuh projek besar yang diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan ke Kelantan dua hari lepas, kata Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata, rakyat di Kelantan sememangnya mengharapkan projek berimpak tinggi seumpama itu yang disifatkan mampu membawa transformasi kepada rakyat serta negeri itu sendiri.

“Pengumuman ini terbukti bukanlah janji kosong seperti yang didakwa sesetengah pihak kerana sebelum Najib mengumumkan projek ini, beliau telah mengarahkan beberapa kementerian dan jabatan untuk membuat persediaan melaksana projek.

“Perbincangan lanjut akan diadakan dengan Jabatan Kerja Raya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat serta jabatan-jabatan lain bagi memuktamadkan kaedah pelaksanaan dan hal-hal berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata, tujuh projek tersebut antaranya pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dijangka bernilai RM200 juta bakal menempatkan 5,000 pelajar dan perancangan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu.

Projek lain ialah pembinaan lebuh raya menghubungkan Kuala Krai ke Kota Bharu dan pembinaan rumah mampu milik sebanyak 1,000 unit di atas tanah seluas enam ekar di Kota Bharu. – BERNAMA

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: