Bakar Motosikal Isteri, Lelaki Dipenjara 2 Tahun

imageKOTA BHARU – Tindakan agresif seorang penganggur yang membakar motosikal milik isterinya menerima padah apabila dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Mohd Zulkarnain Mohamad Sapi, 33, bertindak sedemikian selepas berang isterinya, Che Norlizawati Che Mohd Noor, 30, memfailkan penceraian terhadap perkahwinan mereka.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat itu di belakang sebuah rumah di Berek 12 di sini, pada jam 12.30 tengah hari, 19 Januari lalu.

Dalam kejadian itu, pengadu yang berada di kedainya di Bazar Buloh Kubu menerima panggilan daripada tuan rumah sewanya memberitahu tertuduh membakar motosikal model Ritz RU110 warna biru miliknya.

Pengadu yang bimbang akan keselamatan dirinya bertindak membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan tertuduh keesokan hari selepas kejadian.

Semalam, tertuduh dihadapkan ke mahkamah dan mengaku bersalah mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

Terdahulu, tertuduh yang mempunyai dua rekod lampau mencuri kenderaan pada tahun 1994 itu memohon hukuman terhadapnya diringankan.

Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly bagaimanapun memutuskan hukuman penjara itu dengan mengarahkan ia berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: