Kalimah Allah: Penyokong Pas Bantah Guan Eng, Desak Pas Keluar Pakatan

dn_26.1KOTA BHARU  – Lebih 50 penduduk termasuk penyokong Pas yang tidak puas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, hari ini mengadakan demonstrasi membantah cadangan pemimpin itu, yang mahu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dibenarkan.

Selain membawa sepanduk mengecam Guan Eng penduduk Kampung Padang Enggang itu turut memijak bendera DAP kerana isu berkenaan.

Ketua kumpulan penduduk itu, Mohd Rosli Ghazali, 52, kemudian mendesak Pas keluar daripada gabungan parti pembangkang sekiranya parti itu lebih sayangkan Islam.

“Atas nama Islam, Pas perlu keluar daripada Pakatan Rakyat. Jangan bersekongkol lagi dengan DAP yang jelas memusuhi Islam.

“Kami ingin bertanya kepada Lim Guan Eng, tujuan apakah kamu mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tahukah kamu kerana isu ini boleh menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan tidak tenteram,” katanya.

Mohd. Rosli juga meminta semua pihak agar menerima keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang tidak membenarkan kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.

Isu kalimah Allah itu timbul apabila Lim mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi berkenaan dan pada satu ketika gabungan pembangkang turut bersetuju agar kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.

Bagaimanapun, selepas dikritik hebat, Majlis Syura Ulama Pas kemudiannya mengeluarkan ketetapan agar kalimah Allah tidak dibenar digunakan oleh bukan Islam bagi mengelak kekeliruan. – BERNAMA

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: