Taktik Cuci Muka Di Masjid Tak Menjadi

imageTENDONG – Taktik mencuci muka di kolah Masjid Tendong tidak menjadi apabila jemaah mendapati dua remaja cuba mencuri motosikal yang di parkir, jam 5 petang semalam.

Jemaah, Zaradi Mohd Zain, 47, berkata, kehadiran dua remaja yang tidak dikenali mengundang curiga kalangan penduduk di sini.

Menurutnya, tindakannya yang mundar-mandir di sekitar masjid dan menuju ke kolah didapati hanya mahu mengelirukan jemaah masjid.

“Mereka tidak pula mahu mengambil wuduk sebaliknya hanya berkeliaran sekitar masjid tanpa sebarang urusan.

“Selesai solat, kami dikejutkan dengan bunyi bising dan penduduk menangkap mereka kerana cuba mencuri motosikal Yamaha LC,” katanya, semalam.

Sementara itu, saksi yang hanya mahu dikenali Phua, 71, berkata, sebelum kejadian ini, dia melihat kelibat dua remaja berada di motosikal Honda EX5 di kafe siber, pada jam 1.45 petang.

“Terkejut dengan jeritan saya, mereka lari tanpa sempat mengambil motosikal berkenaan.

“Saya agak mereka bukan orang tempatan kerana semua penduduk di sini sedar, ada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kedai berkenaan,” katanya, semalam.

Menurutnya, penduduk juga yakin ini bukan kejadian pertama yang dilakukan remaja berkenaan, kerana penduduk melihat kelibat mereka beberapa kali petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara terbabit.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: