UMK Sasar 100 Peratus Pelajar Jadikan Universiti Pilihan Utama

dsc05132KOTA BHARU – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyasarkan 100 peratus pelajar yang melanjutkan pelajaran ke universiti itu mulai tahun depan merupakan pilihan utama mereka, kata Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose.

Katanya menerusi matlamat itu, beliau tidak mahu universiti ini sebagai pilihan terakhir pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam negara.

Mengikut kajian, katanya, bagi pengambilan September untuk sesi pengajian tahun ini terdapat 85 peratus pelajar menjadikan universiti itu sebagai pilihan utama mereka berbanding 55 peratus pada peringkat awal.

“Ini menunjukkan peningkatan yang menggalakkan di mana para pelajar mula membuat pilihan menjadikan universiti ini sebagai pilihan utama berbanding tahun sebelumnya ketika ia mula diwujudkan pada 2007,” katanya kepada pemberita pada Majlis Malam Mesra UMK bersama media di sini malam tadi.

Dr Raduan berkata peningkatan sambutan terhadap universiti ini selaras dengan matlamatnya yang berteraskan bidang keusahawanan.

Beliau berkata pada tahun ini pihaknya akan mengambil 185 pensyarah bagi menampung tenaga pengajar untuk mengendalikan kursus menerusi pelbagai program yang ditawarkan.

“Pada masa sama, kita juga menghantar pensyarah untuk mendalami ilmu pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

Beliau berkata pihaknya akan menempatkan semua fakulti di kampus induk di Bachok apabila ia siap sepenuhnya tidak lama lagi di samping mengekalkan kampus cawangan Kota di Pengkalan Chepa dan Jeli.

Beliau yakin masa depan institusi pengajian ini akan lebih cerah dan menjadi pusat kecemerlangan pengajian keusahawanan terulung di rantau ini apabila kerajaan meluluskan peruntukan lebih besar setiap tahun.

“Kita berhasrat melahirkan lebih ramai usahawan di negara ini terdiri daripada bekas graduan universiti ini,” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: