Derita Hidap Barah Hati

imageKOTA BHARU – Bapa kepada dua orang anak yang masih kecil kini hanya mampu berdoa agar diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan pekerjaan sebagai mekanik apabila dia disahkan menghidap penyakit barah hati dua bulan lalu.

Semenjak itu Ismawandi Ismail, 37, hanya mampu terlantar di rumah sehinggakan keluarganya hilang sumber pendapatan dan isterinya hanya seorang suri rumah.

“Sekarang ini kami sekeluarga terpaksa menumpang di rumah ibu kerana saya sudah tidak berkemampuan untuk mencari rezeki,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kedai Piah di sini, semalam.

Menurutnya yang mempunyai anak-anak berusia sembilan dan dua tahun itu  berkata, lebih menyedihkan lagi dia turut menghidap penyakit jangkitan kuman pada paru-paru atau hepatoma with pulmonary metastases menyebabkan perutnya semakin membesar.

Dia berkata, untuk mengelakkan penyakit tersebut daripada terus merebak dia perlu melakukan pembedahan secepat mungkin.

Ismawandi berkata, mengikut laporan perubatan dia memerlukan perbelanjaan hampir RM45,000 untuk merawat penyakit kanser tersebut yang melibatkan jangkitan kuman pada paru-paru dan ketumbuhan di hati.

“Jumlah perbelanjaan ini amat besar, lebih-lebih lagi saya sudah tidak berupaya untuk keluar mencari rezeki.

“Sekarang ini perbelanjaan harian pun saya bergantung kepada keluarga yang banyak meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

Menurutnya, setakat ini dia sudah tiga kali mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Dia berkata, permohonan bantuan sudah dibuat kepada beberapa pihak namun sehingga kini masih belum menerima jawapan.

Ismawandi berharap orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menyalurkan ia ke akuan Bank Simpanan Nasional miliknya iaitu 03111-29-00018329-1.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: