Rumah PPR Ubah Nasib Rakyat

imageBACHOK –  Penduduk miskin yang tidak memiliki rumah sendiri kini boleh menarik nafas lega dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang menjanjikan 3,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, projek tersebut melibatkan 280 rumah PPR bagi 13 Parlimen di negeri ini, tidak termasuk Gua Musang yang  mempunyai 1,000 unit rumah PPR siap dibina.

Menurutnya, jumlah itu adalah bagi peringkat permulaan dan bakal ditambah dari semasa ke semasa.

“Ia adalah suatu projek keprihatinan Kerajaan Persekutuan, dalam memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat dan bukan sekadar menabur janji.

“Saya rasa projek ini lebih baik kerana sebelum ini, rakyat perlu mempunyai tanah bagi memohon bantuan membina rumah seperti projek rumah mesra rakyat dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 di Dewan Al-Falah, Sekolah Menengah Kebangsaan Badak, dekat sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada program Jelajah Janji Ditepati di Padang Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC),  Tunjong, Ahad lalu.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan percaya, projek itu kelak akan membantu mengatasi masalah rakyat berpendapatan rendah yang terpaksa berhimpit dalam sebuah rumah disebabkan masalah kewangan.

“Golongan belia juga boleh memohon pembelian rumah PPR untuk ibu bapa mereka.

“Walaupun harganya kini tidak semurah 1980-an, namun projek rumah yang disediakan Kerajaan Pusat jauh lebih murah berbanding rumah sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, pembinaan rumah itu adalah kesinambungan sumbangan Kerajaan Persekutuan seperti tahun 1980-an yang pernah menawarkan rumah berharga RM20,000 hingga RM25,000 seunit kepada rakyat.

Sementara itu, dalam pengumuman Ahad lalu, Mohd Najib turut mengumumkan enam projek lain termasuk penyelesaian krisis bekalan air bersih, pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium bola sepak yang baru, membina bandar Universiti Teknologi Mara, pembinaan masjid terbesar dengan nilai lebih RM50 juta dan sistem pengangkutan awam Rapid Kota Bharu.

Semua projek berkenaan dilaksanakan Kerajaan Pusat bagi pembangunan berterusan negeri ini berlandaskan aspek pembangunan Islam.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: