Tedung Selar Disangka Hantu

imageRANTAU PANJANG – Ketakutan seorang wanita yang menyangka rumahnya berhantu minggu lalu terjawab apabila menemui seekor ular tedung selar musang di bawah sofa rumahnya di Kampung Tok Edang, Batu Karang, dekat sini, kelmarin.

Pada mulanya wanita itu hendak membuka suis lampu, tetapi terkejut sebaik mendengar bunyi aneh di rumahnya.

Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Rantau Panjang, Mohd Johar Daud berkata, bunyi ular tersebut menyebabkan wanita itu menyangka rumahnya berhantu.

Menurutnya, setelah menyedari seekor ular berada di kediamannya, dia memaklumkan perkara itu kepada suaminya dan penduduk.

“Penduduk kampung memaklumkan kepada JPAM untuk membantu menangkap reptilia berbisa itu bagi mengelak bahaya kepada keluarga terbabit.

“Kami mengambil masa kira-kira lima minit untuk menangkapnya seterusnya membawa balik ke pejabat,” katanya.

Beliau turut dibantu dua anggota untuk menangkap ular berkenaan.

Mohd Johar berkata, reptilia itu jarang ditemui dan merbahaya berbanding ular yang pernah ditangkap JPAM sebelum ini.

Menurutnya, pihaknya kerap menerima panggilan memaklumkan menemui ular tedung selar, tetapi sebaik ke tempat dimaksudkan, ular jenis lain ditemui.

“Ini ular tedung selar musang yang pertama kali kami tangkap tahun ini sepanjang empat meter dan seberat enam kilogram.

“Ular tersebut kami simpan di pejabat JPAM Rantau Panjang untuk tujuan pameran,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: