5 Nelayan Asing Ditahan

imagePASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan lima lagi nelayan asing selepas berjaya mengesan bot tempatan melanggar syarat sah lesen serta menggunakan tenaga kerja warga asing tanpa permit sah kelmarin.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 10 Tok Bali, Kapten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata, bot itu dikesan pada jarak 36 batu nautika dari timur laut Tok Bali dan hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut mendapati awak-awak dan tekong merupakan Warga Thailand.

“Mereka ditahan bersama sebuah bot berserta peralatan dan hasil tangkapan yang kemudiannya ditunda ke Jeti Operasi Maritim Malaysia Tok Bali untuk tindakan lanjut pihak siasatan,” katanya.

Kes itu katanya disiasat di bawah seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 10 (1) (b) (c) akta yang sama.

Katanya, kes itu merupakan tangkapan ketiga tahun ini membabitkan bot nelayan tempatan dan meminta semua pihak dapat bekerjasama dengan melaporkan sebarang maklumat mengenai kejadian di laut kepada pihak Maritim Malaysia.

Pada 14 Januari lalu, seramai 27 nelayan warga Vietnam berusia dari 18 hingga 50 tahun ditahan daripada dua bot ketika mereka menangkap ikan menggunakan kaedah tunda gading di perairan negara.

Wan Burhanuddin berkata, APMM memandang serius mengenai pencerobohan bot nelayan asing kerana ianya menggugat pendapatan nelayan tempatan.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: