Amanat Haji Hadi, Didakwa Punca Perpecahan Umat Islam

amanat11BACHOK – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) digesa memantau kegiatan yang didakwa menjurus kepada perpecahan umat Islam yang berlaku di Masjid Kampung Kuala Kandis dekat sini.Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, dakwaan itu ekoran masih ada sebilangan besar anak mukin di kawasan berkenaan yang menjadikan amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pegangan hidup mereka.Beliau berkata, ia berlaku kesan daripada ketaksuban penyokong Pas sehingga didakwa menafikan hak anak mukim yang pro-UMNO untuk berimamkan imam yang pro Pas di masjid berkenaan.”Lebih 2,000 anak mukim di kawasan berkenaan yang sepatutnya diperkukuhkan hubungan mereka tanpa perlu berpegang kepada amanat Haji Hadi yang membawa keretakan. Malah isu kafir mengkafir orang UMNO masih lagi wujud ,” katanya kepada pemberita dalam sidang media mengenai pendedahan mengenai amalan yang bertentangan Islam di Masjid Mukim Rekang oleh penduduk setempat, Mohd. Yunus Zamakhshari, 62, dan Amizu Mohamed, 37, di Kampung Kandis, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, ia bertambah hebat apabila Mursyidur Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pernah melabelkan orang-orang UMNO sebagai murtad.

“Pada saya Pas adalah parti ajaran syaitan yang memecah belahkan perpaduan umat Islam. Mengamalkan ajaran yang tidak berasaskan sunnah dan membuat pentafsiran mengikut akal sendiri tanpa merujuk nas-nas yang sahih kecuali dalam keadaan terdesak baharu mereka akur kepada Majlis Syura dengan membuat rujukan yang lebih teliti dalam isu yang berkaitan dengan ajaran Islam,” katanya.

Dakwanya, jemaah masjid ituyang pro Pas juga turut mengoyak dan membuang surat siaran MAIK berhubung Amanat Haji Hadi, mengoyak ayat al-quran dan tafsirannya yang ditampal pada papan kenyataan apabila kesemuanya bertentangan dengan dasar perjuangan Pas.

“Kalau diikutkan laporan penduduk terdapat penyokong Pas bertindak menolak kepala dan memperlekehkan penyokong UMNO membaca al-Quran di atas masjid berkenaan.

“Keadaan ini  tidak seharusnya dibiarkan dan ianya perlu memantauan segera supaya perkembangan yang pernah berlaku pada tahun 1981 kesan ketaksuban amanat Haji Hadi tidak berulang kembali,” katanya.

Katanya, bayangkan betapa parahnya Islam apabila sekali lagi dalam satu-satu mukim berlakunya pulau memulau kerana perbezaan parti politik.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan amanat itu sebagai amanat beracun kerana sebilangan besar jemaah tegar Pas beranggapan orang UMNO di mukim berkenaan tidak layak berjemaah bersama mereka.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: