Belia Bantu UMNO Jelaskan Agenda Perjuangan

datuk-dr-awang-adek-hussinBACHOK – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin menyifatkan tindakan sebilangan besar belia di peringkat akar umbi yang juga berpendidikan tinggi dalam membantu menjelaskan agenda perjuangan UMNO membuktikan sokongan golongan terbabit terhadap parti itu.

Beliau berkata, tindakan golongan terbabit yang menyangkal pelbagai tohmahan pembangkang melalui saluran media sosial menunjukkan sokongan yang semakin menyerlah bagi memastikan transformasi pembangunan negeri ini apabila UMNO dan Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai semula teraju kepimpinan negeri pada pilihan raya umum nanti.

“Tahun 2008 kebanyakan belia di negara ini terpedaya dengan pelbagai kempen politik dan rancangan memburuk-burukkan BN. Tetapi kini kita lihat sudah ada perubahan lebih-lebih lagi apabila melibatkan agenda agama, bangsa dan negara.

“Malah sebahagian daripada mereka juga adalah penggerak utama yang membantu UMNO dan BN di media sosial. Sebab itulah usaha mendampingi golongan ini disemua peringkat diperkukuhkan dengan penganjuran dialog, pertemuan, program sukan dan kemasyarakat dilaksanakan secara berterusan di negeri ini,” ,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Maulidur Rasul bersama pesara guru dan belia di Kampung Bator, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, menerusi penerangan yang terperinci terhadap tuduhan pembangkang yang tidak berasas serta  program pembangunan belia yang dijana secara berterusan ia telah memberikan impak positif terhadap golongan itu.

“Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang turut melibatkan sebilangan besar belia bujang, rancangan pembinaan stadium yang canggih di Kelantan dan program perumahan rakyat adalah sebahagian usaha membangunkan kehidupan belia di negeri ini.

“Sebelum ini pun sudah banyak bantuan disalurkan menerusi pelbagai agensi khususnya Jabatan Belia dan Sukan negeri seperti rancangan perniagaan dan keusahawan serta infrastrukur sukan yang dibangunkan di setiap parlimen untuk melihat kecemerlangan belia di negeri ini,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: