Hormati Sultan – OMBAK

AMIRUL HAFIZ

 

548091_3265184023498_1674269117_nKOTA BHARU – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) menyifatkan tindakan Pas negeri sebagai niat jahat untuk menimbulkan kebencian rakyat apabila memfailkan injunksi interlokutori bagi menghalang Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) membayar royalti minyak kepada Kerajaan Malaysia.

Malah, ia turut dianggap sebagai satu penderhakaan terhadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang didakwa sudahpun memperkenankan wakil negeri ke Jawatankuasa Khas mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Presiden OMBAK, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, kerajaan Pas negeri sepatutnya bertindak secara lebih profesional bukan berdasarkan emosi yang boleh dilihat menjurus kearah kepentingan politik.

“Sebenarnya ramai yang tidak nampak rasional di sebalik tindakan ini melainkan tidak menghormati keputusan Perdana Menteri selaku Ketua negara sekali gus durhaka kepada sultan,” katanya.

Selasa lalu, exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa memfailkan permohonan injunksi interlokutori di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghalang Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) membayar royalti minyak kepada Kerajaan Malaysia.

Pada 4 Ogos lalu, Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Jawatankuasa Khas itu akan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara serta wakil kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Mengulas lanjut Wan Khairul Ihsan berkata, kemelut tuntutan royalti Kelantan wajar diselesaikan melalui sebuah badan yang tidak ada sebarang kepentingan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada agar ia tidak disalah tafsit oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata, sekalipun tidak mahu menghormati pimpinan UNMO negeri yang telah berjaya meyakinkan Perdana Menteri dalam mewujudkan Jawatankuasa tersebut sekurang-kurangnya mereka tidak mendurhakai Sultan selaku Yang Dipertuan bagi negeri ini.

“Kerana Sultan sudahpun memperkenankan wakil negeri ke Jawatankuasa Khas tersebut dan perkenan ini sepatutnya dihormati dan dijunjung,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: