Isu Kalimah Tidak Gugat Pakatan Rakyat

nik abduh pagohKOTA BHARU – Percanggahan pendapat mengenai kalimah ALLAH tidak sesekali menggugat hubungan Pas dalam pakatan biarpun terdapat desakan supaya parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR), kata Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat itu berkata, beliau yakin perkara tersebut tidak mungkin akan menjejaskan hubungan yang sedia terjalin selama ini walaupun Majlis Syura Pas, 13 Januari lalu menetapkan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam bible versi bahasa Melayu.

Sehubungan itu, beliau mengecam mana-mana desakan yang dilakukan terhadap Pas berikutan timbulnya tidak sehaluan pendapat mengenai isu dibangkitkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Krismas tahun lalu.

“Keputusan Majlis Syura itu untuk ahli Pas dan mereka wajib mengikutinya. Keputusan itu (Majlis Syura) adalah untuk menyatukan umat Islam.

“Jadi yang mana tidak mahu dengar (ikut) tidak kira belah mana (mana-mana parti atau individu) pun itu adalah hak dia, kita nak buat macam mana. Sampai nak jejaskan PR itu tidak mungkin berlaku,” katanya ketika ditemui selepas kuliah mingguan semalam.

Dalam pada itu, Nik Abduh berkata, PR perlu mendengar suara ulama dan sememangnya ia sudah berlaku sedemikian dalam pakatan, lagipun bagi beliau DAP dan PKR menghormati Pas sebagaimana hormat kepada sistem dilaksanakan oleh parti itu.

Sambil menyifatkan perbezaan pendapat dalam isu kalimah ALLAH adalah perkara biasa, Nik Abduh mengakui sebelum ini terdapat banyak perkara yang berbeza antara parti tetapi tidak menjejaskan hubungan dalam pakatan.

Kelmarin, lebih 50 penduduk sekitar Kota Bharu termasuk penyokong Pas mengadakan bantahan aman, mendesak supaya parti itu keluar dari PR atas sikap sesetengah pihak dalam DAP dan PKR tidak menghormati keputusan Majlis Syura.

Bagi meredakan isu terbabit daripada terus dipertikaikan, beliau berharapPresiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersuara untuk menjelaskannya perkara itu supaya semua pihak patuh keputusan ditetapkan Majlis Syura.

Berikutan senario isu kalimah ALLAH masih dianggap belum selesai sesetengah pihak biarpun pucuk kepimpinan parti menyifatkan ia sudah tamat, Nik Abduh mencadangkan penerangan menerusi wacana diberikan kepada kumpulan yang berada di luar parti.

“Kita cadang bukan hanya diskusi dengan orang Islam, kalau boleh dengan bukan Islam. Terutama sekali bukan Islam yang nampak bahasa kalimah ALLAH mereka juga berhak pakai. Jadi kalau mereka tidak faham, mereka kena fahami kenapa ahli Majlis Syura dan umat Islam kata tidak setuju kalimah ALLAH diterjemah daripada perkataan God atau Lord,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

2 Comments on “Isu Kalimah Tidak Gugat Pakatan Rakyat”

  1. ambo
    January 26, 2013 at 3:55 pm #

    kecek bodo

  2. Antibebal
    January 29, 2013 at 7:09 pm #

    Deme tak ase pelik ke, rakyat Kelantan lebih senditif dan perihatin ttg kalimah Allah dari pemimpin PAS sendiri. Sbbnya pemimpin PAS lebih perihatin dgn sensitiviti pemimpin DAP. Mereka kena jaga hati hati pemimpin DAP tu jgn sampai tersinggung nnti xder peluang pulak nk jadi PM kt Putrajaya tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: