KDN: Himpunan Bakar Bible Sengaja Dibesarkan

Datuk Seri Hishammuddin HusseinPUTRAJAYA – Dakwaan kononnya akan berlaku upacara membakar Bible versi bahasa Melayu di Butterworth Ahad ini adalah tidak berasas dan sengaja digembar-gembur pihak tertentu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat mengambil pendekatan rasional dan bertenang.

“Menerusi makluman yang diterima daripada Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) sendiri dan setelah ditanya kepada tuan punya badan, mereka menafikannya (upacara membakar bible),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil mudah dan sentiasa memantau perkara itu.

“Sesiapa yang menyebarkan berita palsu itu akan didedahkan. Saya berjanji dan beri jaminan perkara yang ada asas, kita akan teliti dan siasat,” katanya.

Ahad lepas Polis Pulau Pinang menerima laporan daripada seorang paderi yang menemui risalah bertulis ‘jom bakar…pesta bakar bible Melayu demi masa depan cucu kita’ yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja di negeri itu.

Terdahulu Hishammuddin hadir pada majlis penyerahan MyKad kepada B. Dinesh Kumar, 26, dan B.Reshina, 18, yang tercicir daripada mendapat MyKad berikutan masalah ketiadaan dokumen walaupun kedua ibu bapanya A. Maria, 52, dan R. Batumanathan, 54, adalah warganegara.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin menegaskan tiada sesiapa pun boleh terlepas daripada tindakan undang-undang termasuk petugas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang disyaki terbabit dalam sindiket menjual bayi.

“Tiada maaf bagi sesiapa yang terbabit dalam kes ini…ramai lagi yang terbabit kerana sindiket itu bukan di kesan di negara ini sahaja sebaliknya di peringkat antarabangsa juga,” katanya.

Media melaporkan kejayaan polis menumpaskan satu sindiket penjualan bayi di Pulau Pinang yang didalangi seorang wanita tempatan sejak tiga tahun lalu yang dipercayai mengaut keuntungan mencecah RM25,000 untuk seorang bayi.

Wanita berusia 50-an itu dikesan turut bersekongkol dengan seorang doktor klinik swasta dan seorang petugas JPN.- Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: