Kes Demam Denggi Di Kelantan Meningkat 68 Peratus Tahun Lalu

aedes-albopictus[1]KOTA BAHARU – Sebanyak 1,245 Kes demam denggi dilaporkan di seluruh Kelantan tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 68 peratus berbanding 743 kes tahun sebelumnya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, peningkatan itu merupakan fenomena yang membimbangkan dan perlu ditangani segera.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai, khususnya penduduk yang tinggal di kawasan berisiko dijangkiti demam denggi supaya menjaga kebersihan sekeliling terutama selepas musim tengkujuh melanda baru-baru ini.

“Mereka patut mengambil masa 10 minit sehari membersih kawasan sekitar kediaman bagi menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk dan jejentik bagi mengelakkan wabak penyakit itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, setakat tiga minggu pertama bulan ini, sebanyak 83 kes demam denggi dilaporkan berbanding 68 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata, ekoran itu pihak jabatan sedang meningkatkan gerakan kempen kesedaran dengan membuat pemeriksaan dan penerangan ke seluruh negeri, terutama di kawasan berisiko tinggi wabak itu. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: