Cemuh PM Ke Gaza, OMBAK Kutuk Nasruddin

548091_3265184023498_1674269117_nKOTA BHARU – Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), mengutuk keras kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi, yang melabelkan usaha Rombongan Perdana Menteri ke Gaza sebagai ‘hipokrik tahap durjana’.

Presiden OMBAK, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, kenyataan tersebut menunjukkan Nasruddin gagal memanfaatkan ilmu yang ada untuk dirinya sendiri.

“Ini merupakan satu kenyataan bodoh dari seorang muda. Kenyataan yang paling laknat ini tidak sepatutnya keluar dari seorang pemimpin muda yang menerajui sayap parti yang dikatakan memperjuangkan Islam dan dikatakan berilmu.

“Saya terkejut dan tertanya-tanya apakah yang ada di dalam pemikiran pencacai ini sehingga sanggup mencaci maki dengan cacian yang begitu dahsyat kepada seorang muslim yang mempunyai niat suci bagi membantu saudara seIslam di Gaza yang dilambung pergolakan menjangkau 65 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan bagi mengulas kenyataan Nasruddin yang mencemuh lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin.

Nasrudin dalam laman Facebooknya dipetik sebagai berkata, lawatan Perdana Menteri ke Palestin dan pertemuannya dengan Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh sebagai hipokrit tahap durjana.

Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin sambil menawarkan bantuan menjadi orang tengah bagi menjayakan pelan damai antara Fatah dan Hamas.

Mengulas lanjut Wan Khairul Ihsan berkata, tindakan pemimpin muda Pas itu tersasar jauh dari tuntutan agama dalam konsep bantu membantu sesama umat Islam di dalam kesusahan.

Beliau melahirkan rasa hairan terhadap sesetengah pemimpin parti Pas yang seringkali melihat negatif bila hasrat atau rancangan murni membabitkan pimpinan Kerajaan Pusat.

“Mereka sepatutnya melihat perkara ini dari sudut positf kerana usaha Perdana Menteri itu sebenarnya mewakili seluruh rakyat Malaysia. Perkara sebegini tak perlu dipolitikkan.

“Sikap Nasruddin itu sebenarnya sudah cukup bagi melambangkan bahawa beliau seorang pemimpin muda yang paling bodoh, sombong dan angkuh,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mendesak agar Nasruddin menarik balik kenyatan dangkalnya itu kerana ia telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: