Kampus Bandar UiTM Akan Dibina Di Lundang?

datuk-mohamad-fatmi-che-salleh-300x240KOTA BHARU  – Beberapa lokasi telah dikenal pasti untuk menempatkan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kapasiti 5,000 pelajar.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, antara lokasi yang dikenal pasti ialah Lundang dan perbincangan lanjut mengenainya akan diadakan dalam waktu terdekat.

Selain itu katanya, pihaknya juga sedang berbincang dengan pihak berkenaan bagi membolehkan kira-kira 1,000 unit rumah rakyat yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada pilihan raya umum akan datang, dibina di daerah ini.

“Kita akan cari kaedah supaya kedua-dua projek ini boleh memulakan kerja-kerja awal,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan RM100 kepada ibu bapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail di sini hari ini.

Seramai 1,700 pelajar sekolah itu yang diwakili oleh ibu bapa mereka menerima bantuan RM100 membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM170,000.

Majlis penyampaian bantuan itu turut disertai oleh Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang dan hadir sama, Pengetua SMK Sultan Ismail, Norizam Mohd. Zain.

Pembinaan kampus bandar UiTM itu merupakan satu daripada tujuh projek besar yang hendak dilaksanakan oleh BN bagi membangunkan Kelantan sekiranya diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum nanti. – Utusan

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: