Kenderaan Remuk Rempuh Lembu

IMG_1167RANTAU PANJANG – Sebuah kereta remuk setelah merempuh seekor daripada lembu yang berkeliaran di sekitar Gual Tinggi, dekat sini semalam.

Pengerusi Pertubuhan Penduduk Rantau Panjang, Mat Bastaman Hamat berkata, kemalangan melibatkan pengguna dan ternakan di sepanjang laluan Gual Tinggi ke Rantau Panjang serta sekitarnya bukan perkara baru.

Katanya, orang ramai kerap berdepan bahaya terutama pada waktu malam disebabkan penternak mengambil jalan mudah melepaskan ternakan mereka.

Menurutnya, penternak tidak sepatutnya melepaskan ternakan seperti lembu, kambing serta ternakan lain kerana orang ramai terdedah bahaya pada bila-bila masa sahaja tambahan pemilik tidak akan mengaku ternakan terlibat kemalangan sekiranya dirempuh.

“Pengguna bukan sahaja berdepan kerosakan kenderaan, tetapi mereka turut berisiko cedera atau hilang nyawa bila kemalangan.

“Sehubungan itu, penternak tidak seharusnya memikirkan keuntungan serta mengambil jalan mudah melepaskan ternakan untuk meringankan beban tugas mereka, sepatutnya mereka memikirkan risikonya kepada orang ramai,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian di tempat kejadian mendapati terdapat hampir 20 lembu berada di sekitar tempat kejadian.

Mat Bastaman berkata, pihak berkuasa tempatan digesa mengambil tindakan dengan menangkap ternakan yang dibiarkan berkeliaran terutama di sekitar laluan utama.

Menurutnya, jika dibiarkan, lebih ramai pengguna jalan sekitar Rantau Panjang akan menjadi mangsa.

“Ternakan dibiarkan bebas di sekitar jalan utama menuju pekan Rantau Panjang ini juga, dapat menjejaskan imejnya pada pandangan pengunjung.

“Pada masa sama, najis ternakan tersebut akan mengotorkan jalan,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: