RM36.429j Bantuan Awal Persekolahan Untuk Kelantan

DSC05029KOTA BHARU  – Kerajaan memperuntukkan RM36.429 juta bagi menyalurkan bantuan awal persekolahan kepada seramai 364,290 pelajar di negeri ini pada tahun ini.

Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, bantuan itu melibatkan semua pelajar di sekolah kerajaan, sekolah agama negeri, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta.

“Bilangan pelajar yang menerima bantuan itu berkurangan berbanding tahun lalu kerana ramai yang mengikut ibu bapa berpindah ke luar Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan RM100 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail di sini hari ini.

Seramai 1,700 pelajar diwakili oleh ibu bapa mereka menerima bantuan itu membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM170,000.

Bantuan disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Hussain sendiri.

Yang turut hadir, Pengetua SMK Sultan Ismail, Norizam Mohd. Zain.

Dalam pada itu, Mohamad Fatmi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu berkata, pengagihan bantuan tersebut membuktikan keprihatinan kerajaan yang mengamalkan pendekatan mendahulukan rakyat, selain mahu hasil negara yang bertambah dinikmati bersama.

Beliau berkata, kecekapan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui para pemimpin berwibawa telah membolehkan negara meningkatkan hasil pada setiap tahun, seterusnya menyalurkan pelbagai bentuk bantuan dan insentif kepada rakyat.

“Ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan yang positif ketika banyak negara merekodkan pertumbuhan negatif. Maka adalah penting untuk rakyat memilih kerajaan yang berkeupayaan, berkemampuan dan berkeinginan membantu rakyat.

“Amat penting untuk rakyat mengekalkan BN di peringkat Kerajaan Pusat dan menukar kerajaan negeri Kelantan yang ada demi masa depan lebih baik. BN telah terbukti berkemampuan dalam membangunkan negara,” katanya.

Sementara itu, seorang penarik beca, Che Wil Daud, 69, melahirkan rasa syukur di atas bantuan RM100 tersebut kerana dapat meringankan beban kewangannya dalam menyediakan perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.

“Dengan pendapatan antara RM5 hingga RM30 sehari, tidak mungkin saya mampu menyediakan setiap keperluan anak-anak. Mujur ada bantuan kerajaan tersebut sehingga membolehkan anak-anak belajar dan melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi,” katanya.

Turut gembira menerima bantuan tersebut ialah Tengku Rosani Tuan Abdul Kadir, 48, dari Taman Desa Telipot di sini kerana bantuan RM100 untuk pelajar itu dapat meringankan beban kewangannya sekeluarga.

“Saya ada enam orang anak yang belajar dan bantuan ini sudah tentu amat menggembirakan. Pemberian bantuan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan (BN) kepada rakyat,” katanya.- Utusan

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: