Zambry: BN Dalam Situasi Baik Tawan Kembali Kerusi Taiping

imageTAIPING – Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan yang cukup baik untuk menawan semula kerusi Parlimen Taiping, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry yang juga Pengerusi BN negeri berkata kenyataan itu bukan bermakna BN angkuh namun berdasarkan maklum balas penduduk Taiping terhadap BN sejak kebelakangan ini.

“Saya amat positif, kita lihat sambutan serta maklum balas rakyat. Selain itu ia juga berdasarkan gabungan dan kerja keras yang dijalankan semua rakan komponen dalam BN…kerja kuat, tidak angkuh dan berdoa kepada Tuhan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Kasih Sayang dan Mesra Jiran Komuniti 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan di Kompleks Rakan Muda di Kamunting, di sini hari ini.

Mengenai aspek sabotaj, Zambry yang tidak menolak kemungkinan perkara itu berlaku, berkata pemerhatian dalam kalangan anggota parti komponen juga mendapati mereka akan menyokong calon yang dapat memberi kemenangan kepada BN.

Sementara itu, Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe yang turut hadir, berkata BN telah bekerja keras untuk merampas semula kerusi Taiping.

Pembangkang sudah diberi peluang sepenggal di kerusi itu dan pengundi kini tahu ragam mereka yang tidak menunaikan janji, sedangkan BN berusaha menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat di situ, katanya.

“Kita berharap rakyat kini dapat membezakan calon yang bekerja dan calon yang hanya banyak bercakap,” kata Tan yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Mengulas mengenai kedudukan kerusi itu yang sebelum ini ditandingi Parti Progresif Penduduk, Tan berkata perkara tersebut telah selesai dan pengundi
boleh menjangka siapa calon BN.

Desas-desus mengatakan Tan akan bertanding di situ.  – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: