Cerita Husam Saudagar Minyak Kaki Auta

husam minyak“Kita sudah memberitahu kepada rakyat di negeri ini sudah lama, kerajaan negeri mahu membina stadium baru dan wujudkan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, tetapi Najib baru umumkan sebagai manifesto,” demikian reaksi, Datuk Husam Musa – orang kepercayaan Tok Guru Nik Aziz – selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 7 projek besar yang akan dilaksanakan di Kelantan.

Memang sengaja penulis meletakkan komen tersebut pada permulaan tulisan ini biarpun ketika membacanya penulis gelak terguling-guling. Reaksi tersebut adalah tindakan refleks yang tidak dapat dikawal, ini kerana penulis teringat kembali janji-janji dan projek-projek yang telah dilaksanakan oleh Husam.

Selain bab berjanji untuk buat itu dan ini, Husam dan kerajaan Pas Kelantan juga ada satu lagi sikap iaitu melantik jururunding dan juruaudit. Namun sehingga hari ini tidak ada satu pun dari projek yang dirunding dan diaudit didedahkan kepada rakyat.

Kita tidak perlu berpatah balik terlalu lama cukup sekadar pasca Pilihan Raya Umum 2008.

Bila timbul isu Bazar Tok Guru yang melibatkan kerugian puluhan juta ringgit, kerajaan Pas Kelantan dengan pantas mengumumkan telah melantik sebuah firma juruaudit bebas untuk membuat taksiran terhadap kerugian tersebut. Namun selepas empat tahun berlalu sehingga hari ini tidak ada sebarang pengumuman dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan berhubung laporan audit tersebut. Lebih melucukan sehingga hari ini, kerajaan Pas Kelantan tidak mengumumkan nama firma terbabit. Timbul persoalan apakah benar juruaudit bebas telah dilantik atau sekadar retorik untuk menutup kesilapan.

Kedua, apabila isu Lembah Sireh dibangkitkan oleh NGO, Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), perkara yang sama juga dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menafikan dakwaan OMBAK bahawa kerajaan Pas Kelantan menanggung kerugian yang besar apabila menyerahkan tanah berstatus ‘prime land’ seluas 1,000 ekar kepada Liziz Standaco Sdn Bhd.janji pas

Untuk membuktikan bahawa kerajaan Pas Kelantan benar dan tidak ada kerugian, Ahmad mengumumkan bahawa kerajaan Pas Kelantan sedang menunggu laporan daripada Ketua Audit Negara dan firma audit bebas. Tetapi selepas laporan Ketua Audit Negara 2011 dikeluarkan dan mengesahkan Lembah Sireh gagal Ahmad menyangkal keputusan laporan Ketua Audit Negara dan menyebut pihaknya sedang menunggu laporan aduit bebas.

Namun sehingga hari ini tidak ada sebarang pengumuman mengenai laporan audit bebas dibuat.

Terbaru Husam pada 23 Januari lalu mengumumkan kerajaan Pas Kelantan akan melantik perunding untuk mengkaji sumber minyak di kawasan daratan negeri ini terutama di Kota Bharu. Rujuk di sini

Bagaimanapun agak menghairankan kerana pada 4 Mei 2006, Husam telah mengumumkan perkara yang sama. Selepas enam tahun tidak ada apa keputusan yang dibuat. Rujuk kenyataan akhbar di bawah ini:

Publication: Berita Harian
Date of publication: May 4, 2006
Section heading: Ekonomi
Page number: 08
KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan membuat keputusan melantik perunding bagi menyelidik sumber minyak di kawasan daratan negeri ini terutama sekitar jajahan Tumpat dan Bachok.
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancang Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Husam Musa, berkata mengikut laporan awal daratan dua jajahan mempunyai sumber minyak.
“Kita berharap dengan kajian ini, jika ada penemuan ia boleh membantu menambah simpanan minyak negara sekali gus boleh menjana ekonomi pada masa depan.
“Kerajaan negeri bersetuju mengenal pasti perunding dan melantik mereka menjalankan penyelidikan,” katanya selepas mesyuarat mingguan Exco di sini, semalam.
Ketika ditanya kemungkinan harga tanah di kawasan terbabit akan meningkat jika dikenal pasti mempunyai sumber minyak, Husam berkata soal itu tidak timbul.
“Kita boleh membina paip menghala ke kawasan pantai untuk menyalurkan sumber minyak itu tanpa mengambil tanah. Mungkin juga sumber minyak berada di tanah kerajaan negeri. Jadi, sebab itu kita setuju melantik perunding menjalankan penyelidikan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan, Mohd Basran Mat Taib, berkata pihaknya tidak pernah menjalankan sebarang kajian bagi mengenal pasti kawasan sumber minyak dan gas di negeri ini.

Daripada apa yang berlaku ini, penulis dapat merasakan betapa tertekannya Husam dan Pas Kelantan dalam mempertahankan kuasa mereka. Pemimpin Pas terutama Husam seolah-olah seperti orang munafik bercakap berbelit-belit seperti ular kena palu.

Pada masa yang sama, Husam dilihat sedang berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan kedudukannya kerana diasak dengan hebat dari dalam Pas sendiri terutama dari kem Nik Amar dan Nik Abduh.

Apa yang terbaik untuk Husam dan pemimpin Pas Kelantan pada masa sekarang ialah cuba menggali telaga di belakang rumahnya moga-moga terpancut minyak atau gas dari perut bumi supaya rakyat tidak menuduh anda semua kaki kencing yang terhebat di atas muka bumi ini.

husam gali

Tags:

Categories: Editorial

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Cerita Husam Saudagar Minyak Kaki Auta”

  1. Ramli Abdul Razak
    February 8, 2013 at 12:49 pm #

    syorkan husam gali lubang tandas dia pasti gas keluar………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: