Dadah: Lelaki Dijel 30 Bulan, Tiga Sebatan

imageKOTA BHARU- Seorang lelaki dipercayai Geng Zawa di sini, semalam hanya mampu tersenyum selepas Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan setelah dia mengaku bersalah memiliki 400 pil methaphetamine pada Oktober lalu.

Majistret Mohd Isa Mohamed menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Juhari Mat Jusoh, 26, selepas dia mengaku memiliki dadah seberat 6.14 gram berkenaan pada jam 9.25 malam pada 15 Oktober 2012.

Mengikut pertuduhan, Juhari yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang didakwa memiliki dadah tersebut di tepi Jalan Sultan Yahya Petra, di sini.

Pada 15 Oktober lalu, sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan membuat rondaan dan terserempak sebuah kereta waja di bulatan Rambutan Rendang, Pengkalan Chepa dalam keadaan laju.

Hasil pemeriksaan lanjut menemui dua plastik berwarna biru di dalam poket seluar hadapan sebelah kanan yang dipakai tertuduh, setiap satu mengandungi 198 pil berwarna kemerahan dan dua pil warna kehijauan disyaki dadah.

Jumlah keseluruhan ialah 396 pil berwarna kemerahan dan empat pil berwarna kehijauan.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh. Bagaimanapun, Juhari yang tidak diwakili peguam itu memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman paling minimum terhadapnya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: