MB Yakin BN Akan Sapu Bersih Di Perlis

imageKANGAR – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yakin Barisan Nasional (BN) akan mencatat kemenangan 100 peratus di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

Md Isa yang juga Pengerusi BN Perlis, berkata ini berdasarkan sokongan masyarakat terutama golongan muda yang memberangsangkan terhadap program anjuran BN dan parti komponen, terutama Umno.

Selain mengekalkan tiga kerusi parlimen, kami juga yakin dapat merampas kembali dua kerusi dewan undangan negeri iaitu Simpang Empat dan Sanglang daripada Pas, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jelajah Gelombang Biru Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong, di sini hari ini.

Menurut Md Isa, BN Perlis giat memberi penjelasan kepada rakyat mengenai perancangan yang dilaksana kerajaan untuk kepentingan masyarakat.

Sementara itu, sebanyak 120 anggota Pemuda Umno kawasan Bintong menyertai program Jelajah Gelombang Biru dengan menunggang motorsikal sambil membawa bendera BN mengelilingi kawasan DUN Bintong.

Konvoi itu juga akan singgah di enam bilik gerakan peti undi kawasan tersebut bagi menyemarakkan gelombang BN dalam kalangan masyarakat.  – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: