7 Projek Mega Di Kelantan Sudah Bermula

tok paJELI – Kerajaan Pusat telah memulakan langkah-langkah awal untuk melaksanakan tujuh projek mega yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melakukan lawatan kerja ke negeri ini pada 20 Januari lalu, termasuk urusan pengambilan tanah.

Utusan Malaysia melaporkan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini membuktikan bahawa pengumuman tersebut tidak ada kena mengena dengan pilihan raya umum dan ia dilaksanakan demi rakyat.

Beliau berkata, Perdana Menteri telah mengarahkan beberapa kementerian dan jabatan untuk membuat persediaan bagi melaksanakan projek-projek terbabit sebelum pengumuman itu dibuat.

“Beberapa janji dibuat Perdana Menteri sudah pun kita mula ambil tindakan umpamanya tapak untuk membina 1,000 rumah rakyat membabitkan 2.4 hektar tanah telah dikenal pasti termasuk peruntukan dan insya-Allah akan dilaksanakan.

“Untuk UiTM pula, 5.6 hektar sudah pun ada tanahnya dan sedang dirunding harganya dengan tuan tanah tersebut, jadi tindakan sudah diambil,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Lanas di sini Isnin.

Najib semasa melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu pada 20 Jan lalu, mengumumkan tujuh projek besar untuk memajukan Kelantan.

Antara janji itu adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, membina masjid terbesar yang bakal menjadi ikon di negeri ini, stadium baharu, 3,000 unit perumahan rakyat dan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu.

Mengenai cadangan pembinaan lebuh raya itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata perbincangan awal dengan Jabatan Kerja Raya dan Unit Perancang Ekonomi akan diadakan minggu ini.

Tags: , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: