Contohi Kepimpinan PM Bantu Rakyat Palestin – Tengku Abdullah

dn_22.1KUANTAN  – Keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau sendiri situasi di Palestin perlu dijadikan contoh dan dorongan kepada semua pihak untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, usaha itu jelas menunjukkan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia amat komited dalam mencari jalan penyelesaian kepada isu di Palestin.

“Saya berharap usaha murni negara kita akan mendapat perhatian pihak terlibat serta dunia demi merealisasikan keamanan di bumi Palestin.

“Saya juga bangga kerana beberapa pertubuhan bukan kerajaan seperti Perdana Global Peace Foundation, Haluan Palestin, Aman Palestin daln lain-lain yang tampil sukarela membantu meringankan beban rakyat negara-negara bergolak,” titah baginda pada pelancaran dan penyerahan dana Tabung Palestin-Gaza di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengarah Eksekutif Perdana Peace Global Organisation (PPGO), Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Baginda juga berbangga dengan sambutan rakyat termasuk sektor swasta dan kerajaan terutama di Pahang yang menyumbang kepada dana itu menerusi pelbagai saluran.

Sehingga kini sejumlah RM1.1 juta disumbang penduduk seluruh Pahang, titah baginda.

Sementara itu, Mukhriz berkata, dana berkenaan berjaya mengumpulkan RM5 juta setakat ini dan RM2 juta daripadanya akan diguna untuk membeli ubat-ubatan, makanan serta keperluan lain.

Beliau berkata, PPGO sedang merancang untuk menyediakan bekalan air bersih bagi rakyat Palestin.

“Bekalan air bersih di kawasan seperti Gaza dan Tebing Barat begitu terhad dan sumber air yang ada tidak selamat digunakan kerana bimbang mengandungi racun,” katanya. – BERNAMA

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: